22 Disember 2012

Financial Planning !

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum...

Perancangan kewangan merupakan topik yang sangat hebat diperkatakan hari ini. Dilema ini semua orang pasti akan menghadapinya. Tetapi, apa yang boleh mencukupkan kehendak manusia ni. Kan?

Kita sebagai manusia tak kan dapat memenuhi kehendak diri. Dari situ, sangat logik jika bob perkatakan bahawa kehendak diri merupakan faktor yang membawa kita ke dalam dilema kewangan.

Mungkin anda sedang tidak faham sekarang. Baiklah, mengapa waktu sekolah dulu RM 3/ days sudah mencukupi? (Zaman bob lah :P) nilai ,3 hinggit tu mencukupi sebab kita tak ada sangat kehendak. dan kita juga hanya memikirkan menu makan sepanjang berada di sekolah. Nak makan sodap lagi tentunya air tangan bonda kat rumah. Betul tak! Boleh faham tak, waktu ini RM3/day udah mencukupi.

Masuklah pula alam kampus, cukup tak RM3, memang tak lah kan? paling kurem pun RM5. Okay kat cni kita dah boleh lihat kegagalan kita mengawal kehendak, jika difikirkan RM 3 masih relevan. kenapa? Tarak percaya? bob pun pernah masuk kampus gak... LoL!

Bob pernah berbelanja sama seperti zaman sekolah selama sebulan. dan pada bulan itu perbelanjaan bob untuk makanan hanya sebanyak RM97/28 hari. Okay kalau dibahagikan kepada satu hari bermakna bob berbelanja +/- RM3.5/ day. Jadi, boleh nampak tak? Kewangan ni sebenarnya perkara yang perlu kan perancangan + Komited + kawal kehendak. Pasti kita akan berjaya.

Okay, kita pergi ke alam yang seterusnya. Alam kerjaya, bila dah kerja wajib ada kehendak untuk lebih hebat. Tak kiralah dari segi makan atau gaya. Semua kita nak lebih. Dah kerja kan... Setakat kasut RM500 tu okay lah, modal untuk dapat RM5000. Betul tak?

Kat sini, bob pun kadang-kadang ada gagal gak, ye lah, nak kete besar. lagi2 dihimpit pulak dengan sedara yang asyik kira kita punya kemajuan. hurm! Inilah masalah bob hari ni. Bob selalu bincangkan, nasihat pada ramai orang untuk rancang kewangan. Dalam masa yang sama bob pun keliru dengan kehendak dan kemampuan. Kalau ikutkan hati memang nak itu nak ini. tapi mati nanti.

Kereta dah, rumah dah lulus, nak tambah kereta lah pulak! Boleh ker. Nak buat payment bulanan nanti. Bila bajet slow! mula sakit kepala. Huhuhu! Ntahlah. relaks2... bob perlu pikir2 dan terus pikir lagi. Jangan sampai -lehendak ini menghimpit diri bob pada masa depan. Sabar itu banyak hikmah.

LoL!

gogogo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan