16 November 2012

Senyum Pagi :-)

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Selamat Morning semua,

Pagi yang begitu ceria buat bob. Rakan-rakan macamaner? Harap sealiran la yer! Hurm! Topik yang menarik hari ni. Bob nak berkongsi tentang budaya. Bukan ape, pagi tadi tetibe rasa nak baiki diri, bob mulakan dengan senaman pagi b4 sarapan. Alah! macam zaman2 gila nak kurus tapi ngak pernah berjaya. LoL! :P

Tadi bob berkunjung ke bandar, target bob tak banyak cuma +- setengah jam berjalan jer, tak kesahlah dapat berapa ribu tapak, yang penting hijrah kali ni bob nak istiqamah. Amin, Solat tak mau tinggal, senaman yang berterusan. Sebab target bob tu tak nak bawa khazanah melayu yang sakit di usia emas. InsyaAllah!

Okay, berbalik pada topik yang bob nak bincangkan pagi ni, hurm, dalam banyak- banyak manusia yang bersenam pagi tadi kata BRI ni, tak nampak pun Melayu. Malunyer, where are u guys? What happen to us? Tapi yang menjadi kejenakaan, setiap kali berkunjung ke hospital, MasyaAllah! awat kita pulak yang memenuhinya? dah macam nak buat tuntutan royalti minyak jer. Hurm, bob rasa tak perlu penjelasan yang lebih detail ea? sebab bob yakin korang semua dah faham intipati tu.

Apa pun bagi yang mahu berubah, masih belum terlambat, ayuh sahabat! kita sama2 menjadi melayu yang lebih berwawasan. Hanya kita pengatur langkah kejayaan diri dengan kebenaraNya.

Okay, jumpa lagi.

Assalamualaikum!

Putera Bongsu. ^_^

14 November 2012

Andai dia milikku - Pasti akan tetap milikku

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Selamat petang,

Sahabat semua tengah buat apa tu? Bagi yang sedang bercuti, pasti ada je keje yang korang lakukan, bagi yang bekerja, tentunya sedang menghitung waktu pulang kan?

Terlanjur dok online ni, teringin pula nak menekan-nekan laptop. Aku seringkali mendambakan kesempurnaan. Target aku akan mendapat teman yang bakal banyak membantu dalam menjalani kehidupanku ini.

Hurm, aku sedang dalam dilema untuk menilai tahap kebahagiaanku sebenarnya. Kadang-kadang aku terpaksa membohongi diriku dengan menyatakan bahagia. Tapi hakikat aku cinta dia. Pernah suatu ketika aku dilanda lakonan ngeri, dalam hidupku hadir dua insan yang mengatakan cinta padaku. Yang seorang ini aku menilaikan pengenalan dengan keadaan senangku, dan yang satu lagi dengan dari dulu lagi.

Satu hari tembelang aku pecah, aku diminta buat pilihan, jadi aku memilih insan yang telah lama denganku. Tapi pergaduhan atas sebab ketidakserasian itu sering terjadi. Hari demi hari aku belajar mengenali dia, semakin aku cuba, semakin aku dicabar, akan terserlah tuntutan dalam diam. Aku pun tak pasti dengan hakikat girls hari ni. Masa nak mendapatkan semua akan tampak sempurna, tapi bila kau memiliki, setiap inchies tuntutan pasti kau kemukakan.

Hurm, aku tak bisa menyalahkan sesiapa kerana ini adalah pilihanku untuk memenuhi kehendak diri dengan berteman. Ye lah sunyi punyi kes, kurang kasih sayang keluarga punya hal, aku serahkan perasaan aku. sedangkan masih terlalu awal, sehingga saat ini aku mungkin terasa bahang tekanan untuk lebih cepat berumah tangga asbab dari ketakutan aku hilang daya kawalan untuk memastika aku tida tewas dengan gelodakkan nafsu aku.

Tak pa lah, pilihanku aku jadikan suatu perkara yang menjadi bias takdir dalam hidupku dan wajib untuk aku menerima itu semua. Aku tingkatkan lagi pengetahuanku untuk hidup berpasangan. Aku cuba menjadi suami yang dapat membentuk isteriku menjadi seorang yang lebih matang. Tapi paku kalau tak diketuk mana mau masuk ke dalam. Namun kalau ketuk paku tak jadi masalah, tapi kalau ketuk orang memang menjadi masalah. Mana tidaknya, orang bukan boleh nak diketuk-ketuk. Lagi mak bapak yang membela korang pun tak mampu nak ketuk ini kan pula aku sebagai BAKAL suami. Aduh, perit-perit.

Tak pa, sebagai gentlemen, dan sempena hari untuk aku berhijrah menjadi insan yang lebih baih ni, aku nakcuba jadi diri aku dan biarkan dia dengan caranya. Aku nak move je langkah hidupku tanpa sebarang omengan dan bab jodoh tu aku rasa biarlah Dia yang aturkan.Setakat ini cintaku milik dia, tapi dengan penghijrahan aku ini, cinta aku sebenarnya milikMu Ya Rabb. Andai dia dicipta untuk melengkapkan rusuk ku, kau jalinkan aku dengannya sebuah perasaan yang penuh kasih sayang hingga ke syurgaMu. Amin.

Okaylah, terasa macam nak ke pesisir pantai lah pulak. Dengan alunan ombak. Pergh! boleh wat hilang stress. jom kita beristirehat semua. Jumpa lagi yob! Assalamualaikum wbt.

Putera Bongsu!

Berubah dan Istiqamah!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt

Salam Maal Hijrah, hijrah itu? Banyak jawapan yang boleh menjawab semua itu. Betul tak? Ringkasnya, hijrah lebih ideal jika dikaitkan dengan perubahan. Macamana? Perubahan dari (?) kepada (?).

Tentunya ramai dalam kalangan sahabat sekalian mahu berubah daripada yang buruk kepada yang lebih baik. Boleh ke? For sure, memang boleh. Tapi yang tak boleh nak istiqamah tu. Hurm!

Contohnya, kita tetapkan matlamat nak ubah sifat baran. Tentu sekali boleh. Tapi untuk berapa lama? Allah akan terus menguji tahap baran tersebut, semakin mahu berubah, semakin mendatang cabaran. Tak percaya cubalah! Maka inilah yang mengakibatkan kita tak mampu untuk beristiqamah.

Pasti sia-sia perubahan yang sementara ini. sekarang, maca-macam kita boleh dambakan perubahan yang baik dalam diri, tapi 2-3 jam lagi huhu, tak tau nak kata pa.

So, untuk pastikan kita berubah dan kekal dalam perubahan tu, cuba kita bayangkan kemanisannya. Back pada masalah baran tadi, macam bob, senang sangat marah tapi setiap pagi bob akan berniat, aku nak cuba senyum ja hari ni. Tak nak marah-marah lagi. Kadang-kadang tu boleh lah bawa ke petang, tapi kadang-kadang tu, duduk je kat meja kerja. mak aihhhhh! ada je yang tak kena. Mana taknya, customer complain berlambak-lambak, P&L banyak tak kena, claim company mula banyak, boss pula mula tanya soalan-soalan yang tak masuk akal. Mula lah membara api baran. Habis satu pejabat akan mendapat. Tapi bila dah okay, kesian pulak rasanya. Yang tak bersalah tu dah macam ada penyakit kemurungan pulak.

Susah kan! Bob pun sering cari jalan bagaimana nak kurangkan baran dalam diri ni. Rasa macam asyik gagal je. Hurm!

Sempena hari yang mulia ni, bob sedang merangka satu taktik baru, bob nak gunakan laptop bob ni sebagai tempat meluah. Apa je yang bob rasa nak marah akan bob nukilkan kat word. Memang akan menjadi tapi harap boleh ingat bukak laptop bila rasa nak marah.Setuju tak kalau bob kata kita lengahkan mulut kita dari berbicara bila nak marah? Kita banyakkan perbuatan yang boleh menjadikan ibadat. Hurm, tak mustahil api kemarahan akan reda. Allah pun tak kan kejam pada kita kan? Pasti ada Nur untuk kita lebih berjaya.

Semoga bob mampu meraih kejayaan dalam penghijrahan ni. Kepada kengkawan, kita sama-sama cuba untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik ea. Semoga kejayaan yang gemilang menjadi milik hidup kita semua. Okay! kawan-kawan bye2

Putera Bongsu

04 November 2012

Multi task : Make yourself more valuable

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt



Salam kecemerlangan untuk semua. “multitask” Bob yakin kalian semua kerap kali mendengar perkataan tersebut malahan tak terkecuali bagi yang pernah mengalaminya. Dunia hujung jari pasti menjadikan perkataan ini suatu kejelikkan. Ye lah! Dunia serba mudah, apa kes nak buat kerja pelbagai ni kan. Kalau kerani tu jadi kerani jelah, kenapa pula nak kutip-kutip sampah, buat cleaner tak der kerja la plak. Ye tak? Pasti korang pernah sebut atau dengar atau baca perihal ni kan? Lalala...
Inilah orang kita, mudah sangat mengeluh, pertikai, sedangkan korang lupa bahawa kepelbagaian ini akan menjadikan nilai diri korang lebih sempurna. Contoh paling senang lah kita ambil kereta, mengapa kereta ViVa (A) lebih murah berbanding dengan ToYota Hilux (B)? Boleh jawab tak. Hurm! Bob pernah mendapatkan jawapan dari beberapa kenalan. Overall jawapan kereta kecil bro! Hah itulah orang kita 1st impression tu dah boleh conclude everything. Sorry to say lah, bukan itu yang kita mahukan cuba value soalan tu untuk dapatkan jawapan yang lebih berhikmah.

Kereta A lebih murah sebab task dia just for angkut org jer B pula multitask angkut org, barang, dan tak mustahil boleh buat angkut haiwan. Betul tak? Thats why mahal. Ada pula yang cakap why Camry mahal? Adush, soalan yang cukup bernas. Camry mahal becoz dia ni kelulusan tinggi, so sape yang pakai C ni selesa, tenang, aman, then dia jugak bijak ada ABS, air bag etc, lepas tu plak boleh shoot laju-laju tanpa buat org muntah, then plak blalalalalala! A boleh? 

So, lebih kurang jer kalau nak dibandingkan dengan kita manusia, majikan nak yang ada kualiti daripada menambah kuantiti. Kan-kan! Dah kalau korang tu bergraduate, mahal dah kat situ dapat lah exec HRM, boleh pulah manage system akaun, eh-eh boleh juga handle meeting, sejak-sejak kau ada cuci pula office ni, dan banyak lagi lah. Cuba korang bayangkan betapa sayangnye bos kat korang! :p
Bayar gaji exec HRM, buat macam-macam. Bukan niat nak dera korang tapi bila korang dah mula pakar dalam semua tu, tak mustahil andai kata bisness berkembang korang bakal jadi calon pengurus. Wah pengurus tu bang! Mau pergi 4 angka korang punya statement. Kan?

So, mungkin bagi sesetengah antara korang tak berapa nak faham dengan ilusi bob ni, tapi cubelah hayati dengan dalaman, bob yakin korang akan dapat hasil yang lebih mendalam lagi. Gunakanlah hasil tersebut untuk korang memajukan diri dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Ingat, tukul yang hanya boleh buat ketuk paku tidak mungkin dapat menewaskan tukul yang boleh buat ketuk, potong, cabut, lasak, dsb. Wah! Before keluar lebih banyak contoh yang korang lagi susah nak faham lebih baik bob stop. Nanti dengan bob pun tak faham.

Okaylah, apa pun perkongsian ini untuk kita semua beraksi agar masing-masing antara kita lebih mantap menghadapi persaingan dunia globalisasi. Okeyh frends, mohon undur diri dulu salam maju jaya buat semua. Bye2!

.::goGOgo::.