05 Februari 2014

Iman yang teruji!

Assalamulaikum wbt,

Apa khabar semua kawan-kawan? Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. So, 2014... Sebulan telah berlalu, bagaimana dengan azam kita, sudah kah bermula langkah pertama? Kalau belum ia agak lewat... But Late is better than never! Hurm.

Lately bob nak share sikit tentang perasaan yang rasa macam tak tertanggung sudah! Inilah akibatnya bila mengada nak bercintan cintu.. Aduiiihh! Kepada yang belum menceburkan diri, bob harap JANGAN teruskan niat yang tidak elok itu...

Soal jodoh ni kawan-kawan, tiada siapa yang boleh lawan. Kalau dah sampai masa pasti akan terlaksana impian tu. Kalau tidak, mungkin jodoh kita tunggu kat sana nanti.

Tapi betul, memang tak tertanggung bila jodoh tak kesampaian, namun Allah itu Maha Mengetahui dan yakinlah Dia tak kan menguji kita melebihi dari kemampuan kita sendiri.

Memang bob bersetuju sekiranya dikatakan bujangan dan daraan hari ini perlu segera disatukan agar tidak terlaksana agenda syaitan yang sangat jahat itu. Tapi bagaimana kita nak harungi sekiranya seruan jodoh itu masih jauh dari bayangan waktu. Sabo jelah!

Contohnya bob sendiri, bercinta hampir 5 tahun, kalau tak sampai sikit je lagi kot. Dalam 5 tahun tu macam-macam yang bob lalui sehinggalah hari ini namun serunya masih belum tercapai walaupun pernah sekali hampir ke jinjang pelamin.

2, 3 hari ni bob benar2 rasa lain, namun pada siapa juga dapat bob kongsikan keperitan ini selainNya.

Semoga bob terus kuat mengharungi ujian ini kerana pasti ada yang lebih baik menanti.

Hari demi hari, peristiwa demi peristiwa... telah kita lalui bersama. Namun aku tetap dibayangi kecewa kerana masih terasa ketidakjujuranmu dan keegoanmu yang sering menjadikan kita bermasalah...

Bob tak mahu pergi lebih jauh, rasanya sampai di sini saja pencarian cinta bob. Biarlah ia hadir sendiri, kerana bob yakin ia adalah anugerah dariNya. Ya Allah, aku amat lemah, mohon KudratMu untuk aku terus melangkah!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB