08 Disember 2012

Warning! : Duri dalam keluarga

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum...

Sebut jer isu khianat ni semacam tak percaya pulak. Apa tak nyer, semua orang akan ada perasaan ni. Tak kira dia tu sape, asalkan namanya manusia, sure! akan tertanam perasaan ni dalam diri dia.

Ada satu malam tu bob dapat peluang hadir kat satu ceramah agama kat masjid telipot ni. Dalam ceramah ni banyak diceritakan tentang jenis-jenis hasad. Banyak jenis rupanya, dah macam spesies kuih la plak.

Masa belajar kat kampus dulu pun pernah gak bob tak percaya dengan cerita pensyarah. Yelah! mereka ni benar-benar mengatakan saudara sedarah ni lah yang paling kuat berhasad dengan kita. Atas dasar kasih sayang yang mak ayah terapkan, bob tak terima fakta tu. Bagi bob sibling ni orang yang paling baik dan memang tak patut kiranya mereka ada hasad pada kita.

Tapi...

Selepas beberapa kejadian yang bob sendiri alami, bob terpaksa akur dengan kenyataan pensyarah tu. Sedih kan. Nak kongsi kat sini pun agak sedih. Tapi kat mana lagi bob nak nyatakan persoalan hati bob ni. Tak pe lah, mungkin cerita bob ni boleh jadi pengajaran yang berguna buat kalian.

Suatu masa dulu, bob pernah ada peluang memiliki kereta sendiri. Kakanda juga yang menghalang, katanya atas dasar garam yang dimakan, bob tak patut ambil kereta lagi. takut tak sempat berbayar nanti. Bob terima kenyataan tu walaupun hakikat ia kelihatan palsu. Tanpa bob sedari, bob dihadiahkan dengan sebuah kereta kakanda yang teramat bob hormati. sehinggakan bob bagi beliau tempat arwah bonda, sebagai tempat rujuk khas untuk bob melangkah. Dapat kereta beb!, datang sartu ayat bernas, " Kamu akan menyesal dan tangisi kereta ni suatu hari nanti. Akhir cerita, memang benar. sehari hari bob menungkan wang ringgit yang telah dilaburkan pada kereta tu. Dan akhirnya "its not mine".

Then dapat pula peluang kedua! diberi peluang memiliki kereta. Downpayment dibayar, bulanan juga ditampung bila tak mempunyai budget yang cukup. Namun, masih gagal untuk menyedari hasad dari darah sendiri. Bob hilang job, hilang karier, sampaikan yang banyak membantu bob tak percaya dengan bob juga disebabkan oleh kamu wahai sulung yang tak pernah rasa bersalah. Fuh! emosi dah mula membara, bob harap pembaca semua dapat teladan dari cerita ni. Demi menyenangkan kakak dan keluarga atas dasar jasa yang dikatakan ikhlas, bob relakan kehilangan karier yang banyak bantu bob survive, bila sampai satu saat kereta tak boleh nak bayar, "ada aku kesah!" ayat yang terbaik dari seorang kakak! Good word sis! gogogo. Aku penuh dengan dilema masa tu, kau ada keluarga, kau ada semua, kau anggap aku sebagai tanggungjawab, tapi hakikat kau tak pernah ratapi penderitaanku. kau mengerti itu semua wahai sulung yang penuh dengan episod ego?

Aku teruskan semangat, mandi ku di masjid, tidurku dalam kereta yang insan lain cuba dapatkan untuk aku. makan ku nasi pagi, minumku air paip. Mana kamu masa ni? Kamu dengan besar hati salahkan aku kerana terlalu cepat ambil assets. FYI, bukan aku yang mahukan assets tu, tapi ada manusia kat luar sana yang tolong aku. Sehingga satu tahap aku rasa macam tak berdaya, hidupku kosong. Tapi aku cuba untuk tidak menganggu kamu sekeluarga. kamu pernah lalui? Kamu berceloteh, hidupmu penuh derita, apakah itu sembang kosong? jangan kau nak orang ratapi hidupmu, kerana hidupmu penuh kemewahan, waktu itu both of parent with u sis!we are different.

Satu malam aku dihubungi oleh abang ke-3. Senyumku lebar kerana masih ada insan yang fikirkan aku. Aku pergi menetap di sana. Allah mungkin mendengar rintihan ku, Alhamdulillah, aku mendapat satu peluang baru untuk mempelopori karierku, cuma pangkatku tak sebesar dulu. Tak pe, aku boleh mulakan dari bawah.

Abangku ke-3, beri keretanya pada ku, katanya nak ringankan bebanku sehingga aku stabil. Namun. kalian sememangnya perompak terhormat kerana di penghujungnya assets itu milikmu!

Aku redha! Aku mula atur kehidupan, aku cuba menapak lebih kukuh. berpeluang aku beraya bersama korang. walaupun sekadar raya ke 4. Aku dibiarkan tersedu dengan air mata pada raya pertama. Tapi, aku tak ganggu korang, korang ada mak mertua, pak mertua, aku faham. Aku pun masak ketupat nasi, aku bakar satay untuk hiburkan hati. Aku tunggu korang balik.

Korang sampai je kat kampung, yang sulung sibuk dengan kereta yang kau beri dulu, aku cuba bersabar dengan kerenah kau. Aku turut. Hakikatnya aku kecewa, sepatutnya aku dah menyewa rumah, kita dah boleh mula masak dan makan bersama kan? tapi rumah yang aku sewa ni panas nak sewa hotel pulak katanya. Sis! Dulu kau pernah jugak guna kipas tangan, kau kawen pun belum sempat tabur budi kat bonda. So, please lah, aku dah penat berdiam dengan garam kau tu.

Aku lagi kecewa bila kau katakan biar kak long ambil je harta arwah! ( barang kemas) kat sini aku kene nyatakan sebab korang ni lambat sikit nak faham kiasan. Haloooo!, aku sebenarnya tak nak pun barang tu, cuma tunggu ada modal lebih jer nak ambil and bagi kat kau. Tapi permintaan kau tu buat aku meluat dengar. Kau sembang satu dunia tolong aku dengan ikhlas. Tapi belumsempat aku ikhlaskah barang tu kau dah mintak. Patutlah bonda berkancing gigi marahkan aku bila tahu aku amanahkan pada kau. Bonda dah tahu sebenarnya. Lepas dari peristiwa tu, aku kecewa sangat dengan kau! Okay kau boleh ambil, tapi tebuslah sendiri. Aku cuba lagi bantu kau bayar bulanan. FYI, kau dah ambil 1K masa gadai dulu okay! Kau pikir lah mana ikhlasnya?

Lagi kecewa bila kau songsangkan wasiat tanah. Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang kau nak. Kau sembang pada masyarakat yang kau tak selera pada pusaka, husband kau dah beli banyak. Tapi what means bila kau melebih nak buat projek A+B+C. Entahlah, akupun dah mua hilang keyakinan dengan pimpinan kau wahai sulung.

Sekarang, hidup aku mula stabil. Aku mula ada rumah sendiri, kereta sendiri kau sering sebut soal rumput. Apa kau masih kenal rumput kau? saat rumah kau kosong dulu? bila kau hina keadaan aku kini? pikirlah sejenak, garam kau dah bawa pada high blood presurre. Wajarkah aku turuti? Kau terapkan dengki kau dalam perbicaraan alam maya, kau bagitau dunia adik kau lupa kau bila ada kekasih, tapi kau terlupa sewaktu kau biarkan ibumu dulu saat kau bersuami. Kau ada pikir garam kau makan tu? Kau hanya pandai menyalahkan orang tanpa mengingati dirimu sendiri.

Makin aku berbicara, makin buat masa aku rugi. Kesimpulannya aku nak bagi tau, dont believe lah pada adik beradik. Diaorang akan membantu tapi penuh harapan untuk dapat manfaat kembali. Sekarang ni, jangan pikir masalah orang. Fikir masalah diri. Kau dah diberi  peluang dan jangan diungkit bila masih ada insan yang mampu jadi kakak yang lebih hebat untuk aku. kegagalan keluarga ku ini bermula dengan kegagalan pimpinan dengki khianat yang kau bawa. kau muhasabah lah banyak-banyak. Aku dah jauh bergerak dan garamku lebih berpengalaman dari garam yang kau coretkan. Aku hanya boleh senyum dengan kerenah kau sekarang kerana masih tertulis erti kebodohan dirimu itu.

Jadi, untuk kawan-kawan semua binalah puncak jaya untuk diri sendiri, persetankan cadangan orang lain. Yang mahu bertindak itu anda bukan dia. okay, Allah itu ada bersama hambaNya. So, gogogo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan