03 April 2013

Pelaburan akhirat!

Assalamualaikum,

Bulan lepas, aku ada terdengar satu ceramah melalui media - Cari asbab yang boleh menyumbang pahala pada arwah bonda atau ayahanda.

Alhamdulillah, akhirnya aku ketekui jawapan juga dalam media dan mungkin kita boleh kongsikan bersama. Okay!

A) Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .

1) Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .

2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna, anda akn dpt pahala .

3) Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .

4) Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .

5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..


B) Kongsi mesej ini kpd orang
ramai. Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

7 kalimat yg harus di biasakan..

1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.


C) Ada 2 pilihan utk anda :

1) Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2) Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala...
Amiiin ya rabbal alamin

Semoga bermanfaat.

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Rindu yang tak pernah pudar

Assalamualaikum,

Rindu? Banyak juga kategorinya. Tapi yang jelas, rindu itu sesuatu yang pasti ada dalam diri setiap insan. Sekuat mana pun hati seseorang itu, kerinduan pasti ada dalam diri mereka. Betul kan? Kalau silap tolong tegurkan.

Hurm, bercakap pasal rindu ni, banyak yang mengelirukan diriku, tapi rindu ini juga yang buat aku takut menjalani kehidupan. Telah aku kajikan dengan korbankan rasa rindu, langkahku kian menjadi jauh, dan semakin aku pergi, semakin aku diuji dengan kehilangan. Hari semakin hari rasa rindu kian membiak di dalam qalbu.

Tapi dengan pengorbanan rasa rindu ini, banyak juga positif yan dapat ku perhatikan, dengan kehilanganku, abang dan kakak ku mula bertegur. Apakah ini yang dikatakan hikmah? Aku gembira melihat mereka mula berinteraksi antara satu sama lain. Kalau lah boleh aku juga mahu. Tapi Allah,membawa aku jauh dari mereka, dan membenarkan mereka berhubung antara satu sama lain.

Alhamdulillah, mungkin aku ini asbab untuk mereka berkomunikasi, biarpun perit pembinaan kehidupan yang aku lalui untuk aku menapak-maju-stabil, aku harungi tanpa peduli erti garam dan rasa. Kerana bagi aku garam terdahulu tidak mungkin lebih baik dari sekarang, kerana garam yang ada masa kini boleh jadi garam yang telah melalui proses yang lebih baik.

Aku bangga kiranya aku dikatakan keras kepala, kerana dengan sikap ku ini banyak membawa perubahan dalam hidupku. Biarpun aku ini hanya berstatus bongsu, aku tetap lebih maju dari yang teratas. Bagi aku yang sepatutnya aku pelajari adalah dari mereka. Pelabagai onak dan duri aku tempuhi dan aku dapatkan hanya dalam waktu yang begitu singkat.

Hari ini ramai yang pertikaikan akan kelebihan kerjayaku, bergaji besar, berstatus tinggi, tapi??? hanya aku yang lebih tahu akan di mana diriku sekarang. Bagi aku semuanya pengurusan hidup. Maju atau mundurnya kita hari ini adalah disebabkan oleh berjaya atau gagalnya pengurusan kehidupan kita. Jadi, cukup atau tidak itu, bagi aku hanya alasan.

Dulu aku sering tertanya-tanya, mengapa ibu aku selalu bersedih dengan masalah kewangan, sedangkan hanya tinggal aku sendirian yang dalam tangunggan. Bila aku perhatikan, mungkin mereka ada komitmen keluarga masing-masing. Tapi bila aku melangkah ke alam kerjaya, aku cuba dengan akal dan ilmu ku sendiri, aku cukup untuk menjalani sebuah kehidupan malah aku dapat rasa bahawa ibu tidak patut rasa pening dengan masalah kewangan. Namun apakan daya, sikapku ini yang menjadikan aku kehilangan.

Aku redha dengan segala ancaman ini, aku hanya mampu kalian terus bersatu dan doaku tak kan hilang untuk kalian semua. Apapun tanggapan orang pada aku, aku tetap akan bersama kalian, hanya takdir yang akan menyatukan kita kembali.

Alhamdulillah, dengan kehadiran seorang anugerah, aku mungkin bakal mendirikan sebuah masjid. Semoga kesunyianku ini terisi dengan celoteh si dia, dan anak-anak ku nanti. Aminnnn Ya Allah, aku mohon petunjuk dariMu untuk lebih kuat dan menjadi hamba Mu yang penuh dalam Barokah. Amin!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB