26 Disember 2011

Kejayaan Hakiki (Pastikan anda tidak melanggar peraturanNya)

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Kehidupan dunia tak ubah seperti perjalanan musafir di jalan raya. Kalau di jalanan kita mempunyai peraturan, begitu juga dengan peraturan untuk mengecapi liang kejayaan. Sebagaimana topik bob sebelum ini  yang menceritakan tentang pilihan. Bahagia atau derita, itu adalah pilihan yang kita sendiri buat, ingat KITA yang buat bukan orang lain.
Jadi hari ini ingin bob berkongsi idea tentang pacuan bagaimana yang harus kita lakukan untuk capai pilihan yang kita buat dulu.
Kejayaan hakiki, kejayaan yang amat indah yakni sebuah kejayaan yang bakal dirasai duniawi serta ukhrawi. Hari ini ramai yang berjaya dan menggapai impian mereka, tetapi apakah kejayaan itu adalah untuk kedua-dua dunia? Sebelum kita memacu accelerator untuk mengejar impian yang telah kita buat dulu, apa kata kalau kita kenal dulu peraturan kehidupan yang telah ditetapkan. Kalau di jalan raya kita risau dengan surat jemputan abang polis, tidakkah kita akan takut dengan surat yang bakal diserahkah di alam sana? Adakah sebelah kiri atau kanan yang kita akan terima surat itu?
Kehidupan juga tertakluk kepada peraturan, berdasarkan rumusan yang telah bob buat, hanya terdapat satu sahaja peraturan yang perlu kita ikut dan pastikan ia dilakukan berterusan iaitu lampu isyarat. Berteraskan konsep stop, see, and go bob yakin kita tidak ketinggalan dari aspek dunia mahupun akhirat.
Setiap hari kita akan memacu diri kita untuk menghabiskan aktiviti harian, tapi janganlah kita terlupa untuk berhenti kerana kita akan bakal melanggar peraturan-peraturan kehidupan yang sedia ada, dan mungkin perjalanan hidup yang kita lalui tadi akan menyebabkan kita melanggar keluarga kita sendiri tanpa kita sedari akibat dari ketaksuban kita mengejar pilihan yang telah kita buat tadi. Contohnya, mungkin ibu bapa masa kini telah membuat pilihan untuk lebih berjaya dalam kerjaya dan dalam masa yang sama adakah anda pasti anak-anak anda tidak kehilangan rasa kasih anda?
Setelah penat kita memecut, tak salah sekiranya kita berehat  (stop) seketika dan melihat (see) bagaimanakah perjalanan kita hari ini atau dengan kata lain bermuhasabah diri.
Apakah yang kita telah lalui hari?
Adakah kita mematuhi peraturan dosa pahala, halal haram, dsb?
Ambil masa, fikir sejauh mungkin anda tidak akan rugi kerana anda pasti akan mengenalpasti laluan baru untuk anda lebih cepat ke destinasi pilihan tadi. Setelah anda yakin, perjalanan anda selamat, ikut peraturan, maka anda teruskan perjalanan itu (go).
.::goGOgo::.

23 Disember 2011

Kehidupan tentang sebuah pilihan

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Kehidupan tentang sebuah pilihan
Merenung seketika tentang kesedihan yang dilalui sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan. Tanpa kita rancang, semua ini pasti akan berlaku kerana segalanya adalah berkaitan jelas dengan konsep ketetapan Illahi. Dalam hidup terdapat dua pilihan “Bahagia vs Derita”. Namun, semakin dunia mencapai pembangunan yang pesat semakin ramai yang leka diulit keresahan. Mengapa? Semuanya kita yang memilih. Tujuan bob menulis artikel ini adalah untuk berkongsi sedikit idea juang. Dalam penghayatan bob, ramai dalam kalangan kita hari ini melontarkan rasa kecewa akibat daripada pemberian manusia-manusia yang berhasad pada kita. Conohnya melalui laman MukaBuku yang kian menjadi kegilaan kini terlalu banyak idea-idea yang kecewa diilhamkan di sini.

“Kenapa kau buat aku begini…”
“Celaka punya jantan…”
“Hari ini hari engkau…”

Bob yakin, setiap hari kita pasti akan terjumpa ayat-ayat sebegini dipostkan ke laman sesawang MukaBuku. Ya Allah, ramai sudah mula hilang arah, MukaBuku dijadikan laman mengadu dan bukannya dengan menadah tangan ke hadrat Illahi. SubhanAllah, semoga kita tidak tergolong dalam kalangan yang hilang pegangan.
Baiklah, berdasarkan lontaran-lontaran perasaan yang sering kita ketemui, bob pasti saat itu kalau dikatakan lappy bernilai seperti lampin pakai buang, confirm hancur. Hanya kerana “amarah” yang ada dalam hati. Nauzubillahiminzalik…
PILIHAN, semua orang pasti mempunyai peluang mereka tersendiri untuk membuat pilihan. Terpulang pada anda tentang kerelevanan pilihan yang anda buat itu. Hakikatnya, apabila perasaan amarah timbul dalam kalbu, ia sebenarnya satu pindahan yang berlaku iaitu dari seorang yang berhasad kepada anda dan mahu mengongsikan kesengsaraan itu pada anda.
Contohnya,
(Pilihan derita)
Aminah mempunyai teman lelaki yang sangat penyayang, ali namanya. Satu ketika Ali sudah bosan dengan Aminah dan mahu mencari rasa cinta yang baru. Hal ini telah menyebabkan Aminah kecewa dan telah menimbulkan perasaan amarah dalam hati Aminah. Lalu Aminah teks kan SMS.
Aminah : Kenapa u buat I begini
Ali : I dah tak ada perasaan kat U
Aminah : Kau memang jantan s**l
Ali : A.A.K (Ada Aku Kesah)
(Untuk teks SMS yang lebih lanjut, anda panda-pandailah cari Aminah sendiri ye. ;p)
Bermula dengan SMS tersebut perasaan Aminah kian berbulu pada Ali. Orang yang disayangi kini sudah pergi pada orang lain.
Cuba anda teliti cerita ini, Aminah telah membuka ruang untuk mengambil pemindahan konflik yang diberikan oleh Ali. Dulu, Aminah memberi ruang untuk Ali bertakhta di hatinya. Apabila Ali menghadapi konflik kecelaruan dalam mencari teman yang lebih istimewa dan telah mengkhianati janji taat setia yang telah dilafazkan pada Aminah satu ketika dulu. Konflik ini kemudiannya diberikan sedikit kepada Aminah. Akhirnya, Ali tersenyum Aminah tersungkur di keyboard.
(Pilihan bahagia)
Aminah : Kenapa u buat I begini?
Ali : I dah tak ada perasaan pada u
Aminah : Baiklah, I doakan u bahagia ye
Ali : ???
(Dalam sketsa ini siapa yang stress? Ali atau Aminah? Anda baca, anda fikir, dan anda jawab)
Dalam situasi ini Ali ingin memindahkan konfliknya kepada Aminah, akan tetapi Aminah menjawab persoalan ini dengan IMAN bukannya AMARAH dan hasilnya pindahan konflik ini gagal atau dengan kata lain “Maaf, transaksi tidak berjaya”. Tiada lagi SMS yang panjang, dan akan menjadi lebih hebat seandainya Aminah mendoakan kebahagian Ali.
Berdasarkan dua sketsa yang berbeza itu dapat kita rumuskan bahawa amarah yang lahir dalam hati itu adalah hasil dari pemindahan konflik dari orang yang kotor kalbunya dan mahu memindahkan kecelaruannya kepada anda. Jadi, jangan buka sedikit ruang pun untuk mereka kongsikan kecelaruan itu pada anda, kerana anda pasti derita. Sekiranya, anda telah membuka ruang itu pastikan anda yang akan menutupnya kembali.
Bagaimana untuk menutup ruang itu? Senang bagi segelintir orang, tetapi sukar bagi segelintir orang.
Suatu masa dulu, bob pernah mengalami situasi ini. Hati begitu bercelaru, amarah membuak-buak sehingga bob gagal membuat sebuah keputusan yang membahagiakan.Namun, Alhamdulillah, hasil perkongsian idea bersama Zul Ramli (Pengarah Sumber Kuwait Finance) bob memperoleh satu jalan yang benar-benar membawa kepada ketenangan yang amat hebat.
Ketenangan itu adalah hasil dari amalan zikir, tetapi jangan kita tertipu dengan kalbu yang kotor. Mungkin kita melafazkan pujian buat Allah, dalam masa yang sama hati penuh dengan titik noda hitam. Hasilnya, tiada ketenangan yang akan dikecapi. Cuba kita tukarkan cara, kita gabungkan amalan zikir dengan fikir. Dalam kita berzikir selitkan fikir tentang nikmat kurniaan Allah. Bob pasti kita akan diberi ketenangan yang sangat hebat. Bagaimana untuk melakukannya?
1)      Ingat dua perkara dan lupakan dua perkara – Ingat kebaikan orang pada kita dan Ingat keburukkan kita pada orang. Lupakan kebaikan kita pada orang dan Lupakan keburukkan orang pada kita.
2)      Pejamkan mata – Bayangkan kurniaan, rahmat, dan kasih sayang Allah. Hari ini kita masih diberi peluang taubat, hari ini kita masih sihat, danbanyak lagi yang Allah berikan pada kita.
3)      Sebutkan kalimah zikrullah – Fahami maksud setiap sebutan, hayati dan selaraskan maksud itu dengan kehidupan.
Bob yakin jika ini dijadikan amalan pastinya ruang untuk orang pindahkan konflik mereka pada kita tertutup dan anda pasti dapat mengecapi kebahagiaan disetiap langkah kehidupan anda. Para pembaca sekalian, hidup ini cuma sekali, dan ianya bergantung kepada kita untuk memilih haluan kebahagian ata penderitaan. Semoga artikel yang serba ringkas ini mampu membantu anda dan yang baik itu dari Allah s.w.t, yang buruk itu adalah dari asbab kejahilan bob sendiri.
.::goGOgo::.
Sekian, akhukum Fillah