29 Oktober 2013

Indahnya pasrah!

Assalamualaikum,

Pasrah???

Ada tak dalam diri kita? Kalau tak ada cubalah terapkan agar kita tidak kecundang bila diuji nanti. Zaman dunia yang serba canggih ni, perasan tak kita bahawa semakin banyak pula yang manusia yang tak dapat berfikir dengan akal yang waras.

Sedih kan.

Itulah akibatnya bila kita tidak pasrah dengan takdir. Bila apa yang kita rancang tu tak menjadi. Mula lah kita salahkan orang, Allah, dan kadang-kadang binatang pun turut dimaki.

Dasyat oooo dasyat...

Sebab tu bob nak kongsikan hari ni agar kita semua sentiasa pasrah dengan apa yang berlaku. Kita jangan nak melawan, siapa kita? hamba je pun. Tak payah nak poyo sangat lah.

Terima seadanya, kerana "Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita". Ingat tu. Janji Allah tu kan pasti.

Kalau tak cukup duit. DOA, Ya Allah, rezeki yang kau berikan ni tak cukup, minta tambah. Jangan la dok tembak orang sini sana. untuk dapat duit. Kalau dah bukan rezeki yang dalam mulut pun boleh keluar.

Apa pun, idea bob masih tak banyak... menulis pun rasa mengarut. Nanti lah, bila ada peluang and idea, bob tulis lagi.

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

18 Mei 2013

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB



Assalamualaikum,

Permulaan hari yang baik bermula dari dikap yang positif. Melawan dan terus melawan gelora negatif yang sering mengkhianati perasaan. Itulah hebatnya pemikiran insani yang tak ernah purtus asa dalam mengharungi segenap segi isu kehidupan. 

Apa yang ingin dikongsikan hari ini adalah tentang hikmahnya bila kita berfikiran positif. Kisah ini berlaku kelmarin, di mana bob pergi ke sebuah bengkel. Akibat dari kerosakkan kereta yang sangat minima, bob tidak dilayan. Hampir ½ jam bob berada di bengkel tersebut, yang bob dengarkan hayalah “tunggu kejap nak selesaikan sebuah kereta”. Jeliknya, 3 orang foreman menyelesaikan 1 kereta. How can? Tapi tak mengapa, mungkin ini ujian untuk bob lebih positif. Oleh itu, bob ambil keputusan untuk ke bengkel yang lain.
Alhamdulillah, tiba sahaja di bengkel yang kedua ini bob terus disambut dan kereta diperiksa dengan segera. Hikmahnya di sini, charge yang diminta adalah kurang daripada charge yang sebelum ini. Wah! U look that, dah terpahat hikmah bob tak dilayan tadi. 

Apabila dah under budget, bob pun apa lagi, suruh periksan satu button yang asyik rosak. Foreman tu tekan dua tiga kali terus butto tu melekat. Hebat, lagi satu penjimatan, sebelum ni ada bengkel yang minta sehingga RM 200. Apa lagi, bila dah button tu melekat, save lah lagi satu budget bob. 

Then masalah yang seterusnya, hon kereta yang selalu tak berbunyi. Bagi kat foreman semalam, entah apa ilmu yang dia pakai, berbunyi pula hon tu. Mak aihhh! Banyak tu penjimatan yang berlaku.

Cerita tersebut hanyalah untuk bob dan kawan-kawan saling tahu bahawa setiap yang berlaku itu adalah ujian, dan disebalik ujian itu pasti ada terselit serita positif pada akhirnya. Walaupun pada awalnya bob tidak dilayan, tapi akhirnya penjimatan yang begitu banyak berlaku.

U see that? What happen… Bersabar dan positif, jangan cepat melenting dengan ujian yang berlaku. Lalui dan hormat setiap kejadian, kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya. 

~Adiwira Sukram~
 

14 Mei 2013

Ayuh! bina syurga dunia dengan Islam.

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

 


Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Mempunyai suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan kabul, maka bermula hidup berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya.

Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu. Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas untuk melakukan sesuatu, tidak terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas berkahwin tiada lagi istilah hidup bujang.

Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah S.A.W.

Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau "biah solehah" adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula perkahwinan "mode Islam" itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya.
Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W bersabda :

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama', bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa.
Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama' dan orang-orang yang dekat denganNya. Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab dalam berkeluarga.

~Adiwira Sukram~
 

13 Mei 2013

Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB



Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"
Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.
"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"
"Bagus!"
Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.
"Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."
Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!
Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."
"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."

~Adiwira Sukram~

08 Mei 2013

Hidayah penyuluh hidup!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB





5 Bentuk hidayah

Pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar. Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar. 

Kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek. 

Ketiga hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.

Keempat ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara perkara-perkara baik dengan perkara haram.

Kelima ialah hidayah taufik yang mana merupakan tahap hidayah yang tertinggi kurniaan Allah kepada hambanya yang dikasihi. Tinggal sekarang, hidayah itu harus dijaga kerana nilainya tiada tara dan tidak dapat ditukar dengan apa pun. Ia menjaga kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat kelak.

~Adiwira Sukram~
 

07 Mei 2013

Perubahan kepada kebaikan itu hidayah :-)

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB



Assalamualaikum...wbt,


Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja, dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput. Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup.

Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.

Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.

Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta.

Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan keseronokan pada diri.

Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka diberikan ialah 'belum sampai seru!' alasan tersebut langsung tidak munasabah. Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!

Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan menebus segala dosa-dosa lalu?

!Adiwira Sukram!