21 April 2011

Patah kan tumbuh : Hilang pasti berganti

Assalamualaikum w.b.t.
Hai, kawan-kawan apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera. Salam kasih sayang bob lontarkan buat pembaca sekalian. Hurm, hari ini bob ingin berkongsi tentang suatu perkara yang kian menghantui anak-anak muda. Terutamanya siswa/wi. Apa yer? 

Celoteh yang bakal bob kongsikan ini adalah hasil kesimpulan yang bob buat setelah mendengar tangisan luahan seorang kawan. Pastinya tidak jauh dari kisah cinta. Bob yakin semua tahu tentang cinta kan? Bohong jika ada yang tidak tahu. Betul tak?

"Aku tak percaya C.I.N.T.A…. Lalala"

Pernah tak dengar lagu di atas, boleh tahan gak best lagu ni. Layan lah time-time kecewa. Pergh, ni menunjukkan ada pengalaman. ;p

Okay, hari ni kawan bob hampir memilih untuk menjadi menentukan ajalnya. Kenapa? Were sher more? Hanya kerana cinta. Maaf, ini bukan kisah yang mengejutkan. Kerana ia sering berlaku, malahan bob juga pernah mengalaminya. Memang perit. Sangat perit. Rasa seperti tiada guna lagi hidup kat dunia ni. Dan inilah yang ingin bob kongsikan malam ini, agar kita terus kuat dan menjadi hamba Allah yang benar-benar mempunyai cinta yang hakiki.

Cinta merupakan sebuah perasaan kasih sayang yang tiada tolak bandingnya terhadap sesuatu perkara. Apabila cinta mula merungkai di dalam hati, pasti “tahi kucing kan rasa coklat”. Hebatkan perasaan cinta? 

Dalam dunia, seharusnya kita faham tentang konsep sebenar cinta, terdapat dua cinta utama di dunia ini. Pertama, cinta hakiki. Kedua, cinta hati. 

Cinta yang harus mendapat belaian seharusnya cinta hakiki, kerana cinta ini akan kekal berdampingan selamanya walaupun jasad kita sudah tiada bernyawa. Untuk coretan kali ini, bob tidak mahu banyak banyak berceloteh tentang cinta hakiki. InsyaAlla bob akan coretkan di warkah yang lain nanti.

Cinta hati tidak kurang pentingnya, malahan cinta hati bakal memberi kesan kecemerlangan yang hebat dalam seseorang. Bob yakin, ramai dalam kalangan warga kampus yang mampu menjulang api kecemerlangan disebabkan oleh kuatnya bara cinta hati mereka, dan tak kurang juga yang gagal kerana terkandas di episod cinta hati. Inilah masalah yang ingin bob bincangkan pada warkah kali ini.

Sebelum kita pergi lebih jauh, renungkan pepatah ini :
“Tak kan lari gunung dikejar”
Berbekalkan pepatah di atas, bob mahu kita semua yakin dengan empat perkara yang telah ditetapkan Maha Agung. Rezeki, jodoh, maut, dan pertemuan. Yakinlah, bahawa kita tak kan mampu mengubah kesemua ini. Sebenarnya, kita telah ditetapkan dengan siapa kita akan berkahwin. Dan ingat, ia tak kan lari walaupun kita kejar.

Bagi yang telah kecewa, kita harus mempercayai tentang hikmah di sebalik kejadian. Jika cinta pertama terkandas. Itu mungkin petanda yang lebih baik buat kita pada masa akan datang nanti. Yakinlah, bahawa anda pasti akan berjumpa dengan Adam/hawa yang jauh lebih mampu dan gah untuk membahagiakan anda. Apabila keyakinan ini yang dizahirkan dalam hati anda. Pastinya, cinta bahagia akan menjadi anugerah teristimewa buat anda.

Ingat! Cinta yang dicari, pasti akan pergi dan cinta dianugerahi pasti kekal abadi. Buat rakan-rakan yang mendapat anugerah cinta, jangan jadikan mereka sebagaimana anugerah bintang popular kerana mereka adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Jagalah cinta itu, dan jangan biarkan nafsu anda mengotorinya. 

Cinta dalam kesabaran pasti akan lebih bernilai berbanding dengan cinta yang terlalu terburu-buru. Berikan diri anda masa untuk lebih mengenali pasangan anda agar kita tidak terkejut bila bersama nanti. Apa yang penting, dalam cinta adalah jujur dan be your self.

Bagi yang telah, sedang, mahupun akan kecewa. SABAR, kuatkan iman, banyakkan berdoa kerana itu adalah assignment buat kamu untuk memperoleh cinta sejati kerana yang patah kan tumbuh, yang hilang pasti berganti. 

Buat kawan-kawan yang sedang bahagia, satu pesanan ikhlas dari bob khususnya buat lelaki, jagalah pasangan anda seperti mutiara di dalam bekas kaca dan hanya insan yang bertuah sahaja yang mampu memilikinya.

 All the best buat semua dan semoga perkongsian bob untuk warkah kali ini mampu melonjak sejuta semangat baru buat rakan-rakan sekalian. 

Ingat! hidup hanya sekali dan ia bukan ruang untuk kita kecewa inikan pula musnahkan diri. ::goGOgo::

Tugasan 3 : BLM 1023 (Rumusan kuliah 2011)

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Bahasa Melayu penulisan merupakan satu mata pelajaran yang memberi penerangan mengenai kaedah-kaedah dalam membuat sesuatu penulisan. Jika dikaji secara mendalam, matapelajaran ini sebenarnya sangat penting dalam usaha memartabatkan lagi Bahasa Melayu. Keunikan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa lingua franca suatu masa dahulu bukan sahaja dinilai dari aspek pertuturan tapi turut juga diambil kira dari segi penulisannya. Sesebuah karya itu akan kelihatan menarik jika kita menggunakan teknik yang betul dalam penulisan. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh kita pelajari dalam matapelajaran ini. Selain itu, kita juga boleh mengenal pasti segala bentuk kesalahan bahasa yang terdapat di dalam karya-karya penulisan dan dengan adanya penguasaan ilmu ini, secara tidak langsung kita akan dapat menjaga mutu bahasa ibunda kita ini.

Tenaga pengajar yang ditugaskan untuk mengajar matapelajaran ini juga merupakan seorang yang sangat mahir dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Hal ini sudah pasti dapat melancarkan lagi sesi pembelajaran di kelas. Ilmu yang dicurahkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar merealisasikan impian untuk memantapkan lagi keagungan bahasa Melayu. Di dalam sesi pembelajaran, pelajar telah diberi penerangan dengan jelas mengenai aspek-aspek penting yang terdapat di dalam penulisan dan dengan adanya ilmu ini, para pelajar dapat menghasilkan karya yang baik dan bermutu. 

Kesimpulannya, matapelajaran ini sangat penting dalam memastikan setiap karya yang terhasil mempunyai mutu yang tinggi agar dapat diterima oleh semua golongan dan dapat mengangkat martabat Bahasa Melayu.

19 April 2011

Dua langkah mudah untuk cemerlang akademik - IPT purpose

Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah bob tidak berbicara di laman sosial bob ini. Bob doakan kecemerlangan buat semua pelawat laman sosial ini. Hurm, "Final fever" kini kembali menghantui siswa/wi di setiap IPT. Sebagaimana yang telah bob ukirkan dalam wacana "lakaran : kampus life"  dua bulan yang lalu, pastinya inilah musim kesibukkan buat warga kampus. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya siswa/wi masih sedar akan tanggungjawab untuk cemerlang. Sorakkan tahniah dan salam kejayaan buat siswa/wi yang sedang bertungkus-lumus menghadapi detik penentu semester. Setelah hampir 13 minggu kita melayari bahtera perjuangan buat semester ini. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita menamatkan warkah perjuangan semester ini. Semoga yang cemerlang ini bakal dijulang oleh semua warga kampus umumnya dan pembaca setia laman sesawang W.S.B khususnya.

Baiklah, kembali kepada tajuk asal bob tadi. "Dua langkah mudah untuk cemerlang akademik" khas buat siswa/wi IPT yang sedang berhadapan dengan kemaruk peperiksaan akhir (Final). Sebenarnya tidak susah untuk kita cemerlang tetapi yang susahnya apabila kehendak untuk cemerlang itu tidak dapat dizahirkan dalam kehidupan. Kenapa? Tepuk dada tanyalah iman.Ops! terlebih sudah. 

Dalam sesi pembelajaran kita boleh bahagikan kepada dua keadaan :
1) Input
2) Output

Input merupakan situasi kita mencari ilmu. Situasi ini adalah seperti pembacaan kita, ketika mendengar syarahan pensyarah di dewan kuliah, penulisan nota, dan sebagainya. Keadaan ini merupakan amalan bagi setiap siswa/wi. Kerana bob yakin anda akan mengunakan proses ini setiap kali mahu sesi pembelajaran
Proses output merupakan proses mengeluarkan Input yang diperoleh untuk dikongsikan serta diolah untuk menjadi kefahaman yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Ahmad membaca konsep sosiologi (input), Ahmad memberitahu kepada rakannya tentang konsep sosiologi (Output). Jadi, Ahmad telah mengeluarkan input hasil daripada pembacaan beliau dan melalui proses output dengan menerangkan kepada rakannya. 

Kedua-dua proses ini adalah penting, tetapi output adalah proses terpenting. Mengapa? Kerana dalam Final proses yang berlaku adalah output bukan input. Siswa/wi bakal mengeluarkan apa yang anda pelajari untuk menyatakan kefahaman anda kepada pensyarah tentang perkara yang telah anda pelajari. Malangnya, tidak ramai dalam kalangan kita yang menggunakan output sebagai proses lanjutan dalam pembelajaran mereka berbekalkan alasan takut habis ilmu, takut orang lebih pandai, dan seumpamanya.

Mengapa kita perlu takut? kerana tiada keikhlasan, kerana terlalu banyak hiasan hasad. Sebenarnya kita semua silap. Semakin banyak yang kita kongsikan semakin meluas pengetahuan kita itu. Percayalah, bob telah amalkan sistem pembelajaran ini. dan terbukti di dewan peperiksaan pensyarah pasti akan bertanya "Senang sangat ke soalan saya?" 

Masih lagi tidak percaya? Anda cubalah sendiri untuk semester ini. Jika bertentangan dengan penjelasan bob ini Private Message pada FB bob. Bob janji akan belanja kamu. 

Baiklah, sudah banyak bob berceloteh. Apa-apa pun, salam kejayaan buat semua, do your best! let us make our parent proud for us. Okay~ :::goGOgo:::




13 April 2011

Jangan jelik dengan anugerah “emosi”

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum,

Hari yang sungguh indah, terpaut memori ketenangan buat bob hari ini. Jadi dengan secalit kegembiraan ini ingin bob kongsikan dengan pembaca sekalian hakikat kita sebagai hamba termulia berbanding dengan ciptaan Maha Esa yang lain. 

Jiwa kacau, terganggu, serabut, stress, tension, dan seumpamanya merupakan masalah problem yang menjadi igauan remaja terutamanya remaja yang menuju ke puncak alam belia. Bob yakin kita semua pernah mengalami perasaan ini kan? Hurm, tahniah kerana kondisi emosi anda adalah normal. Hal ini kerana, manusia yang NEVER mengalaminya adalah terdiri dari golongan tidak normal. Tak percaya? Cuba lihat dari kehidupan Si Gila atau dengan nama manjanya Mentalist (Pesakit Jiwa). Mereka tak kan pernah mengalami perasaan sebagaimana yang bob nyatakan itu kerana mereka adalah tidak normal. Jadi, bersyukurlah kita pada anugerah emosi ini. 

Tetapi, jangan kita lupa, kerana keadaan akan menjadi baik apabila semuanya berada dalam kesederhanaan dan bakal menjadi penyakit kronik sekiranya melebihi keupayaan. Ingat tu! Konsep islam juga tidak pernah mengasingkan kita dengan fakta ini. 

Emosi yang bob nyatakan itu jika berlebihan, maka akan menjadikan kita NORMAL – ABNORMAL. Jadi, jangan kita terlalu melayari perasaan ini sebagaimana kita melayari aktiviti sosial (FB). Dalam hidup ini secara tuntasnya kita perlu seimbangkan bagi memastikan emosi kita stabil. Contohnya, anda bimbang tak dengan keputusan CGPA? Sebagai salah seorang penuntut bob yakin kita semua bimbangkannya walaupun usaha keras telah dilakukan. Betul tak? Tahniah kerana anda adalah normal. Tetapi, percaya tak jika kebimbangan ini berlebihan bakal menganggu konsentrasi anda untuk cemerlang? Apa yang pernah bob alami, bob over bimbang pada kertas kewangan bob. Hakikatnya lebih dari 10 kali bob ulang penelaahannya. Terukkan? Dan inilah dinamakan belajar kuat, rajin, dsb. Tapi hari ini pengalaman bob, dan terbukti berkesan setelah bob dapat mengawal kebimbangan ini dan keputusan untuk subjek ini ternyata lebih cemerlang dari jangkaan walaupun bob hanya santai dalam mengulang kajinya. Anda percaya ataupu tidak, anda boleh mencubanya sewaktu peperiksaan akhir nanti. Dan ini lah yang dikatakan belajar secara bijak, smart, hensem, dan cute macam bob ;-).

Apapun, ini hanyalah pengalaman bob hari ini yang dapat bob simpulkan bahawa kuasa minda anda mengawal perasaan yang telah dianugerahkan itu adalah penentu langkah dan gerakan anda dalam menuju puncak jaya. Sempena kita mengakhiri minggu pembelajaran ini, bob ucapkan salam maju jaya buat semua warga kampus IPTA umumnya dan khasnya buat warga kampus UUM Sintok. Semoga puncak kecemerlangan yang bakal anda kecapi di penghujung edisi pelayaran kampus ini. Akhir kata ::goGOgo::

12 April 2011

Tenggelamnya kenangan dalam kejayaan


Salam semangat buat semua pembaca.

Berdasarkan pada keratan akhbar ini, ternyata bob terkejut dengan sikap anak-anak yang kian sombong dan egois terhadap kedua orang tua mereka. Bob yakin semua pembaca setia blog bob ni pastinya tidak tergolong dalam kalangan anak-anak sebegini ye. Amin.
Sombong, ego, dan sewaktu dengannya. Apakah kita harus memilikinya? Kalau dulu kita bahagia hidup di mahligai bersama dengan kedua orang tua yang tidak pernah bosan membesarkan kita sehingga kita mengecapi sebuah nikmat kejayaan. Apakah kita tidak pernah mengenang memori indah ini? Suatu masa dulu kita pernah bergelak ketawa rumah yang mungkin hari ini menjadi sebuah pondok jijik buat anak-anak yang telah berjaya. Halooooo, betapa sombongnya kan kita bila bergelar anak yang telah berjaya. 

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang dambakan persekitaran yang selesa, tapi satu jer yang bob minta, kenanglah bahawa satu masa dulu kita pernah bahagia di rumah jijik dan hina itu. Tanpa assets itu ternyata kita akan melukut di tepi lonkang. Tidak kah ada rasa mengenang budi dalam diri kita sebagai insan yang telah berjaya? Fikirkanlah ye.

Seterusnya, sebelum kita menjadi sombong sebegini. Yakinlah akan karma Allah s.w.t tentang perkara yang sama pasti akan diulangi oleh genersai kita suatu masa nanti. Ingat, anak-anak pasti akan mencontohi perlakuan kedua orang tua mereka dan jika itulah sikap yang kamu corakkan, janganlah anda merasa sedih untuk mengalami perkara yang sama pada masa depan nanti. 

Kepada anak-anak yang masih punya bonda dan ayahanda, pulanglah ke desa walaupun seketika. Bagi yang telah yatim / yatim piatu, doalah pada mereka secebis doa rahmat, dan janganlah melupakan rumah yang menjadi sebuah tonggak kenangan anda bersama kedua orang tua kerana mereka pasti sentiasa menanti kemeriahan istana tersebut dengan suara riuh anak-anak mereka. Jadi, apa tunggu lagi? Moh la kita meriahkannya…. Salam~ ::goGOgo::

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB