11 Jun 2011

Permulaan sebuah perjuangan

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum…

Apa khabar para pembaca sekalian? Bob doakan semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Maaf kerana lama sudah bob tidak melayari laman sesawang ‘blogspot’ ni. Biasalah, dunia usahawan memang tak dapat diasingkan dari edisi kesibukkan. Setelah 11 hari bob bergelar sebagai Pengarah Operasi di $.B.O Wealth Management Ent. & Dapur Warisan RM memang mencabar mental. Hampir gila kalau sering kita fikirkan. So, untuk hari ke-11 ni bob mengambil keputusan untuk berkongsi secara langsung dengan pembaca setia blog bob tentang halangan dan faktor penghalang untuk memulakan perniagaan impian.

Apa yang bob mahu kongsikan?

Mudah sahaja, bob mahu anda semua berpegang pada kenyataan ‘Perniagaan besar bukan dari modal yang besar TAPI dari idea yang besar’. Jadi bob harap anda faham tentang konsepnya. Untuk memulakan perniagaan jangan ditunggu modal yang besar tapi binalah perniagaan tersebut dari keinginan dan impian berlandaskan perjalanan rancangan yang teliti. Bob yakin anda pasti boleh mengemudi perniagaan tersebut sehingga menjadi sebuah rangkaian perniagaan yang bertaraf antarabangsa.

Pembaca sekalian, sedarlah bahawa 9/10 dari punca rezeki itu datangnya dari perniagaan. Ini kata-kata Rasulullah s.a.w. Junjungan besar nabi tidak pernah membohongi kita dan yakinlah dengan sabda baginda s.a.w ini. Bob yakin, apa yang bob katakan ini pastinya tidak semudah dengan apa yang bakal ditempuhi tapi andai kita tidak cuba untuk melangkah, dari mana pula kita akan dapat pengalaman yang mampu menunjukkan kita sejuat cabang untuk menuju ke puncak jaya. 

Bob tidak mahu berkongsi banyak perkara untuk hari ini. Dan bob harap pembaca sekalian dapat memahami dan mempunyai impian untuk menjadi usahawan yang berjaya. Beranilah untuk berubah dan yakinlah akan hikmah di sebalik semua kejadiaan. 

Salam Iman & Amal buat semua, semoga kita berjumpa lagi. .::goGOgo::.