18 Januari 2011

BAHAGIA vs DERITA - Yang manakah pilihan?

Setiap manusia sering mengimpikan kebahagian, tapi apakah kita menuju ke arah itu? Hanya diri kita sendiri yang mampu memberikan jawapan ikhlas dan jujur. Segalanya terpulang pada pilihan yang kita mahu.
Dalam kehidupan terdapat dua laluan sama ada bahagia atau derita, semuanya bergantung kepada penilaian akal waras kita untuk memilih jalan yang sebenarnya kita mahukan. Buktinya, seorang yang telah lama berpasangan dan akibat dari ketentuan Illahi terpaksa mereka berpisah. Lumrahnya, amat derita yang harus mereka tanggung tapi batinnya mereka masih lagi mempunyai laluan gembira. Ini bermakna, mereka masih mempunyai banyak peluang berdasarkan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kerana, Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya, melainkan komitmen yang sebenar dari kita sendiri. Sambung cerita putus cinta tadi, peluang untuk bercinta lagi masih banyak. Mengapa pula kita memilih untuk terus derita sepanjang hayat hanya kerana impian cinta pertama yang tidak kesampaian berkecai? Renungkanlah aspek ini. Mungkin segelintir adik-adik tidak dapat memahami aspek ini.
Untuk lebih jelas lagi, bob ingin menekankan di sini bahawa konsep minda itu adalah stereng sebenar kehidupan atau dengan kata lain pembawa jalan (Rahaba). Contoh yang lebih senang untuk membuktikan bahawa minda ini sebenarnya raja diri adalah konsep kepercayaan pada alam ghaib. Sebagai contoh, sebuah rumah yang dikatakan puaka tidak akan menakutkan kita pada waktu t/hari (Waktu yang cerah/ siang). Tapi rumah puaka ini amat ditakuti pada waktu malam. Kenapa? Fikirkan.
Untuk bahagia, minda kita mampu mengubah sebuah persepsi kehidupan derita. Yakinlah, jika pembaca sekalian pernah kecewa, sentiasa diuji, itu adalah pilihan Allah untuk menjadikan kita seorang hamba yang lebih hebat dan tidak lupa padaNya. Pohonlah padaNya daya kudrat kekuatan dan jangan lah begitu meratap kasih pada yang manusia lain kerana itu juga salah satu laluan yang mungkin menjadikan kita lebih yakin dengan makhluk lain dan bukan dengan Allah yang Maha Agung. Selamat berjaya buat semua. Sekian.

::goGOgo:: ~BoB~

Langkah baru untuk lebih cemerlang

Setiap waktu orang yang cemerlang itu bakal diuji dengan pelbagai onak dan duri, namun seringkali kita gagal dalam mengharunginya hanya kerana kurangnya pupukan nilai sabar dalam diri. Kita sentiasa mencemburui kejayaan insan-insan lain sehingga mengakibatkan kita dikelilingi rasa tidak puas hati pada mereka. Sepatutnya, sebagai manusia yang berjaya kita menjadi seronok dengan kejayaan tersebut lebih-lebih lagi mereka itu adalah orang yang dekat dengan kita (abg, adk, kakak, kawan, sahabat,etc).

Mengapa tidak kita ungkapkan sepatah ucapan tahniah pada mereka atas kejayaan yang mereka kecapi itu?

Mengapa tidak kita rasa bangga akan kejayaan tersebut?

Mengapa tidak kita cuba untuk lebih cemerlang berbanding dengan kejayaan itu (Persaingan sihat)?

Pelbagai lagi soalan yang wajar serta patut kita tanyakan pada diri kita. Soalan yang boleh menjadikan kita lebih cemerlang dan bukan hanya bertanyakan ayat-ayat kecewa hanya kerana kita tidak diizinkanNya untuk mendapat kejayaan yang diperoleh insan lain.
Ketahuilah bahawa setiap kejayaan itu juga adalah ujian. Walaupun ia adalah ujian yang dihantar dalam bentuk coretan senyuman gembira, namun ia adalah dari Yang Maha Kuasa untuk mengetahui sikap kita tentang rasa syukur, sifat riak, sombong, dan sebagainya.
Oleh itu, haruslah kita mengatur perasaan atau langkah baru untuk menjadi insan yang lebih cemerlang dunia dan akhirat dengan menjadi diri kita sendiri serta bersyukur dengan apa yang diperolehi dan berbangga dengan kejayaan insan lain iaitu dengan menjadikan kejayaan mereka itu sebagai suatu elemen untu kita lebih cemerlang disisiNya.

Segalanya terpulang pada diri kita : "Tepuk dada, tanya iman" - ::goGOgo::

17 Januari 2011

Kerjaya

Apakah dunia kerjaya merupakan dunia yang benar-benar mencabar kredibiliti mahasiswa/wi yang bakal menempuhinya. Sebagai salah seorang mahasiswa/wi yang bakal melalui arus perjalanan yang sama, bob juga turut bimbang akan keadaan ini. Ekonomi negara mungkin berada dalam keadaan yang baik tetapi apakah peluang untuk mendapatkan kerjaya pilihan itu adil dan telus? Atau kita memerlukan pengaruh politik, bangsawan, karyawan, dan berbagai golongan yang dikenali untuk mendapat kerjaya yang diidamkan? Sungguhpun Malaysia sudah jauh berkembang seiringan dengan kemajuan dunia, namun kebejatan ini masih tidak dapat kita selesaikan. Bak kata masyarakat dulu-dulu "Yang kaya makin kaya, yang miskin makin merempat". Sejauh mana kebenarannya, sama-samalah kita renungkan.

Welcome to $outh Of BoB

Here we can discuss all about business and its all about life satisfaction ::goGOgo::