12 September 2011

Ikhlas : Tuntutan pertama dalam PENYUCIAN HATI

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Setelah sekian lama bob mendiamkan diri dari jaringan sosial atas kesuntukkan waktu yang sentiasa menghimpit bob, kini bob kembali dengan sebuah aliran pemikiran yang terbaru akibat dari kematangan melalui pengalaman hidup yang tidak pernah sunyi dari hidup bob.

 IKHLAS? banyak maksudnya tu. Ada yang mentafsirkannya sebagai hanya kita yang tahu, ada juga yang katakan ia terjadi sendiri, dan pelbagai lagi jawapan yang merungkai maksud perkataan ini. Baiklah, di sini bob ingin kongsikan dari hasil pembacaan bob melalui buku PENYUCIAN HATI karya Amru Khalid. IKHLAS adalah rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta sehingga Malaikat pun tidak mengetahui tentangnya malahan syaitan juga tidak berdaya untuk membinasakannya.

Baiklah, kita teruskan pada topik perbincangan kita hari ini. coretan ini bob nukilkan dari dalam hati bob yang mencari ketenangan. Setelah semuanya anugerah yang bob peroleh jauh dari bob, dan jiwa mulai kosong, hampir terdetik untuk bob pertikai qada' dan qadar ini. Namun, bob cuba mencari ilham mengapa tidak wujud sebuah episod ketenangan setelah bob kehilangan anugerah yang diberi. Dalam berfikir dan merenung bob mendapat jawapan dan jalan terbaik.

Mengapa hati ini tidak tenang? Jawapan yang cukup mudah dapat bob jawab. IKHLAS, itulah hakikat sebenarnya, apabila kita melakukan sesuatu adalah keranaNya maka berbahagia lah kita, dan jika sebaliknya maka derita pasti jawapan dipenghujungnya.

Ingatlah, hati manusia mampu berubah dan beredar sebagaimana bumi berputar, tiada janji yang benar melainkan janji Allah. Jadi untuk apa kita bersusah payah melakukan sesuatu demi mengharap balasan dari hamba yang lain, pasti tiada mendatangkan keuntungan. Contohnya, dalam kita berkawan, bersederhanalah, jangan kita bertemu dengannya kerana aspek lain. Pastikan setiap pertemuan itu adalah kerana Allah dan pastinya kerana Allah juga kita akan berpisah. Pasti tiada tangisan air mata apabila kita kehilanganya suatu masa nanti.


Suatu masa dahulu pernah bob terfikir bahawa kita mungkin akan sentiasa dalam sebuah keakraban andai kita banyak membantu dan bersama, sesuai dengan lumrah kehidupan yang bob alami iaitu hidup berseorangan dan banyak mengharapkan kasih dari teman seperjuangan. Perbuatan bob ini menunjukkan ketidakikhlasan dalam pergaulan ini, kerana bob tetap mengharapkan balasan dari teman tersebut pabila bob keseorangan nanti. Namun, janji manusia pasti menjadikan kita kecewa berulang kali. Dan kekecewaan ini pasti menarik kita ke rentak putus asa yang bakal menjahanamkan hidup kita.

 Setelah beberapa hari bob mengambil ketenangan dengan menginfakkan diri pada setiap ketenangan bersama teman yang dahulu manis bibirnya mengatur untuk meneruskan perjuangan sehingga mengecapi tangga kejayaan bersama, bob mendapat satu jawapan yang pasti. Allah sahaja yang akan menjadi teman yang tak mungkin pernah akan meninggalkan kita walau bagaimanapun keadaan kita. Dialah yang akan memberi kita ketenangan disaat kita resah.

 Jadi, iktibarnya bob mulakan satu niat murni dengan menyatakan pertemuan itu sebuah hadiah pinjaman sementara dariNya dan akhirnya bob dapat merasakan ketenangan yang tiada penghujung. Kini, bob cuba mendalami ilmu keikhlasan yang pasti ramai diantara kita yang sering gagal dalam melakukan perbuatan yang ikhlas.

Akhir kata, bob doakan kesejahteraan buat kalian para pembaca yang sentiasa mengikuti penulisan bob. Kini bob sedang melalui dunia kerjaya impian dan pastinya bob akan sentiasa kemaskini Blog ini khas buat pembaca untuk kita terus berkongsi ilmu kehidupan yang penuh dengan manfaat ini. Selamat Hari raya buat pembaca sekalian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan