17 Mac 2013

Adakah ini puncanya?

Assalamualaikum,

Hurm, problem lagi...

Dengan apa yang bob ada hari ini selalu je buat bob rasa mampu untuk membina rumah tangga. Bob cuba tangani sejarah silam dengan sediakan segala jenis kemudahan buat bakal anak dan isteri. Tapi, dengan komitmen yang begitu banyak bob tak boleh lakukannya seorang. Bob perlukan "additional income". Ya Allah, semakin banyak Engkau berikan semakin tidak cukup aku rasakan. Apakah masih rendah tahap kesyukuran dalam diriku? Ya Allah, aku pohon padaMu jalan yang lurus agar aku tidak terkandas. Aku yakin ini adalah kasihMu untuk menguji aku dan menerangkan kepada aku tentang kebenaran. Aku percaya bahawa Engkau telah merancang seribu macam kebaikkan. Ak akan cuba yang terbaik untuk diriku. ya Allah, bantulah aku... Aku sebenarnya keliru dengan anugerahMu ya Rabb. PPada zahirnya aku kelihatan diberi segala yang kupinta, tapi dalam iringan perjalananku, aku sentiasa keliru dengan segala pemberianMu .

Aku dambakan bantuan makhluk, yang hakikatnya aku asyik melalui sendiri. Mengapa dengan aku ni... takut dengan langkah sendiri, sedangkan dah lama aku berjalan tanpa pimpinan tangan manusia, semuanya hanya berlandaskan aturanMu ya Rabb. Aku mohon kudratMu Ya Rabb.... beri aku kekuatan... Buang dari hidupku akan kekuatan makhluk yang sering buat aku lupa akan kudratMu ya Allah... Aku mohon ketenangan untuk lebih jelas dalam mengatur hidup dan mencari sinar kebahagiaan sebagai hambaMu ya Allah...

Akhir kata, apakah ini punca aku masih lagi bujang? Apakah ketakutan ku ini penyebabnya? Ya Allah, berikan aku jalanMu!

:-(

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

10 Mac 2013

Dipulau? Tak mengapa, asal tidak memutuskan silaturrahim!

Assalamualaikum... Lama sudah bob tidak mencoret ukiran hati di sini. Hurm, banyak masalah yang terpaksa bob harungi. Masalah keluarga, memang tak kan ada garisan penamatnya. Bergaduh, bertekak, dah jadi macam asam garam dalam kehidupan berkeluarga ni. Kadang - kadang bob pun tak faham kenapa insan yang hadir dari satu rahim boleh bermasam muka, lebih-lebih lagi pabila ketiadaan ibu yang menjadi tonggak perpaduan. Banyak sebab yang boleh dikaitkan apabila berlaku pergaduhan. A akan cakap B salah dan sebaliknya. Memang benar pun, kalau diikut dari konsep teori pun tak akan ada orang nak mengaku membuang najis tengah jalan. Tapi keegoan ini banyak menjadikan hubungan saudara antara kita hancur, musnah,dan berkecai. Senang kan untuk kita musnahkan sebuah hubungan yang ternyata tak kan putus. Baiklah, pendekatan terbaik yang bob dapat adalah berdiam diri, tidak bermakna membuang, memutus, tapi menjaga hati agar tidak terus dibelenggu dendam dan marah. Biarlah hari ini bob dihina, dicaci, tapi hakikat bob iringkan dengan doa agar semua selamat dalam rahmatNya. Biarlah asbab kejauhan bob ini menjadi pengerat yang boleh menyatukan kalian semua. Sebenarnya bob terlalu letih melayan egois seorang pemimpin yang tak boleh ditegur dan sentiasa mahu dituruti. Ini tidak bermakna bob adalah betul semuanya, tetapi kita ada cara untuk menegur dan membimbing. Bukan dengan menyatakan salah dan terus memaut dendam sehingga menarik insan luar untuk turut sama memberi belas ihsan kepada kita. Kelulusan akademik tidak beerti tak boleh ditegur, dan amat kecewa apabila kejayaan seseorang dipertikai tentang tahap akademiknya. Apakah itu teguran atau hasad, sewajarnya kita meletakkan ucapan tahniah kepadanya agar dia terus menjulang bunga kejayaan dan bukan takut untuk menjadikan dia sebagai seorang yang lebih berjaya dari kita. Kalaupun dia berjaya, tidak bermakna dia akan lupakan kita. Lain orang lain caranya, kita tidak sama. Apa yang penting di sni, kita perlu untuk tanya diri, kenapa si A atau B buat begini pada aku. Andai dia adik teruskan pada dia, bukan mencacai pada orang luar. Janganlah tunjukkan sangat kelemahan kita sehingga gagal untuk kenal adik sendiri sehinggakan perlu tanya kepada orang luar. Bodoh kan??? :-) Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB