11 Mac 2014

Pertemuan itu telah diaturkanNya!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Dalam menanti clients kat airport, terserempak pula dengan orang kampung, hurm, time balik ke kg, tak pernah pula dapat bersua muka. Hebatkan Allah, kita tak mungkin dpt jangka pun pertemuan yang telah Dia rancangkan pada kita. Sejak kita berusia 40 hr lg kot (kalau tak silap)

So, bob nak suarakan kat sini, kita ni sebenarnya terlalu serius dalam memikirkan takdir yang wajib kita lalui, mahupun suka atau tidak! Cara kita lalui je yang akan menentukan wajah kehidupan kita.

Apa pun yang berlaku, dalam hidup ni, jgn pernah kita kecewa dan persoalkan, yang penting, kita perlu tabah, dan syukur. Allah tak kan sesekali menguji kita lebih dari kemampuan diri kita.

#gogogo

Penantian pengukur kesabaran!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Setiap kali kita perlu menunggu, pastinya rasa sabar kita akan goyang. Tak kira lah, sama ada menunggu makanan, jodoh, rezeki,etc. Pastinya, rasa sabar kita akan tercabar. Hurm, penantiqn dan sabar, itulah pengalaman bob hari ini, bob perlu datang ke airport kb, unyuk menjemput clients dari KL. Hampir satu jam bob di sini membuqng masa, hurm! inilah waktunya kesabaran terasa terlalu tercabar. Namun, tiada yang boleh dikatakan, hanya teruskan penantian sahaja. Sabara tu kan separuh iman. Senyum dan terus menanti! #gogogo

Ianya satu keperluan! Tapi...

Selamat DatangYa - Wilayah Sosial Bo
Nampak macam sim
ple tapi berat juga menanggungnya. Tak dapat bob nak gambarkan, betapa perlunya bob kepada seorang teman yang bergelar isteri.

Semakin dinanti semakin perit, betapa cabaran dunia moden ini sungguh melemahkan iman untuk mengatasi syahwat. Mana tidaknya, jika rata-rata wanita sudah tiada rasa malilagi. Hebatnya islam apabila menyeru agar dipercepatkan perkahwinan bagi memelihara maruah diri.

Hurm.


Susah juga, calon bob dah ada, cuma keputusan tu bob belum mampu buat. Maklumlah, keputusan yang amat besar dalam hidup. Bukan main2 nak bina  rumah tangga ni, dan ia juga buka sehari atau dua hari. Namun kalau diizikanNya, mahu kekal hingga hujung nyawa.

Kalau terus bob fikirkan semakin terasa tekanan. Biarlah Allah yang membuat keputusan untuk bob dalam hal ni. Pasti keputusanNya lebih baik berbanding dengan apa yang kita dambakan.

Semoga tahun ni merupakan penamat untuk bob hidup bersendirian.


05 Februari 2014

Iman yang teruji!

Assalamulaikum wbt,

Apa khabar semua kawan-kawan? Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. So, 2014... Sebulan telah berlalu, bagaimana dengan azam kita, sudah kah bermula langkah pertama? Kalau belum ia agak lewat... But Late is better than never! Hurm.

Lately bob nak share sikit tentang perasaan yang rasa macam tak tertanggung sudah! Inilah akibatnya bila mengada nak bercintan cintu.. Aduiiihh! Kepada yang belum menceburkan diri, bob harap JANGAN teruskan niat yang tidak elok itu...

Soal jodoh ni kawan-kawan, tiada siapa yang boleh lawan. Kalau dah sampai masa pasti akan terlaksana impian tu. Kalau tidak, mungkin jodoh kita tunggu kat sana nanti.

Tapi betul, memang tak tertanggung bila jodoh tak kesampaian, namun Allah itu Maha Mengetahui dan yakinlah Dia tak kan menguji kita melebihi dari kemampuan kita sendiri.

Memang bob bersetuju sekiranya dikatakan bujangan dan daraan hari ini perlu segera disatukan agar tidak terlaksana agenda syaitan yang sangat jahat itu. Tapi bagaimana kita nak harungi sekiranya seruan jodoh itu masih jauh dari bayangan waktu. Sabo jelah!

Contohnya bob sendiri, bercinta hampir 5 tahun, kalau tak sampai sikit je lagi kot. Dalam 5 tahun tu macam-macam yang bob lalui sehinggalah hari ini namun serunya masih belum tercapai walaupun pernah sekali hampir ke jinjang pelamin.

2, 3 hari ni bob benar2 rasa lain, namun pada siapa juga dapat bob kongsikan keperitan ini selainNya.

Semoga bob terus kuat mengharungi ujian ini kerana pasti ada yang lebih baik menanti.

Hari demi hari, peristiwa demi peristiwa... telah kita lalui bersama. Namun aku tetap dibayangi kecewa kerana masih terasa ketidakjujuranmu dan keegoanmu yang sering menjadikan kita bermasalah...

Bob tak mahu pergi lebih jauh, rasanya sampai di sini saja pencarian cinta bob. Biarlah ia hadir sendiri, kerana bob yakin ia adalah anugerah dariNya. Ya Allah, aku amat lemah, mohon KudratMu untuk aku terus melangkah!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB