21 April 2011

Tugasan 3 : BLM 1023 (Rumusan kuliah 2011)

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Bahasa Melayu penulisan merupakan satu mata pelajaran yang memberi penerangan mengenai kaedah-kaedah dalam membuat sesuatu penulisan. Jika dikaji secara mendalam, matapelajaran ini sebenarnya sangat penting dalam usaha memartabatkan lagi Bahasa Melayu. Keunikan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa lingua franca suatu masa dahulu bukan sahaja dinilai dari aspek pertuturan tapi turut juga diambil kira dari segi penulisannya. Sesebuah karya itu akan kelihatan menarik jika kita menggunakan teknik yang betul dalam penulisan. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh kita pelajari dalam matapelajaran ini. Selain itu, kita juga boleh mengenal pasti segala bentuk kesalahan bahasa yang terdapat di dalam karya-karya penulisan dan dengan adanya penguasaan ilmu ini, secara tidak langsung kita akan dapat menjaga mutu bahasa ibunda kita ini.

Tenaga pengajar yang ditugaskan untuk mengajar matapelajaran ini juga merupakan seorang yang sangat mahir dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Hal ini sudah pasti dapat melancarkan lagi sesi pembelajaran di kelas. Ilmu yang dicurahkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar merealisasikan impian untuk memantapkan lagi keagungan bahasa Melayu. Di dalam sesi pembelajaran, pelajar telah diberi penerangan dengan jelas mengenai aspek-aspek penting yang terdapat di dalam penulisan dan dengan adanya ilmu ini, para pelajar dapat menghasilkan karya yang baik dan bermutu. 

Kesimpulannya, matapelajaran ini sangat penting dalam memastikan setiap karya yang terhasil mempunyai mutu yang tinggi agar dapat diterima oleh semua golongan dan dapat mengangkat martabat Bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan