02 Mac 2011

Lakaran “campus life"

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Sepanjang pengajian yang berlangsung, tentunya pelbagai onak dan duri yang bakal ditempuhi oleh insan yang bergelar pelajar. Apa pun peristiwa yang dilalui, harusnya kita paksikan perjalanannya dengan wawasan dan impian. Amat sesuai bila kita katakan bahawa impian itu sebagai pemandu kehidupan. Apa, siapa, di mana, ke mana dan pelbagai soalan yang boleh ditanya adalah berdasarkan keinginan dalam kehidupan.
Balik kepada persoalan asal, kehidupan kampus! Hebatkan bergelar seorang mahasiswa? Dilayan ibarat raja, demand apa sahaja, pasti tertunai. Adakah pemberian ini semua akan digunakan sebaik mungkin. Pastikah kita dengan kepulangan sebuah gulungan kecemerlangan? Tepuk dada tanya iman. Pasti jawapan yang lebih berkat buat kita semua. Bermulanya pengajian kampus merupakan kehidupan kemuncak buat pelajar berbanding dengan yang kurang bernasib baik. Pelbagai peristiwa dan coretan pengalaman sama ada bahagia mahupun derita akan terlakar dalam kehidupan kampus.
Hakikat manusia bila dipuja, diagung, dan diangkat pasti bumi yang dipijak akan dilupakan. Tak mustahil jika banyak fakta kajian membuktikan kebejatan yang dilakukan oleh mahasiswa semakin meningkat. Masing-masing mendapat penghormatan sehinggakan makan pun terhidang dalam sepinggan emas. Hebat kan ibu bapa melayan anak mereka yang berjaya ke Universiti. Dalam menjadi kebanggaan keluarga malangnya ramai siswa/wi yang terlupa tentang tanggungjawab. Tanggungjawab untuk meneruskan kecemerlangan dan membawa pulang hasil pendidikan dan pengalaman yang mampu melonjakkan lagi kualiti hidup keluarga.
Kesibukan mula menguasai kehidupan, pelajaran mula diabaikan, yang remeh didahulukan, dan keseronokan diutamakan. Benarkan ini budaya kampus. 21 jam kredit menjadi keluhan ramai pelajar. Masa terlalu suntuk, sibuk dengan assignment, dan pelbagai alasan yang telah menjadi buku panduan alasan untuk tidak berjaya. Sedangkan jika kita mula menilai 24 jam yang dilalui pasti tak mencecah ½ hari kita terdedah dengan ruang pencarian ilmu.
Pagi, benarkah siswa/wi membuka mata seawal ini? Atau lebih awal ayam jantan yang membuka mulut mereka? Tepuk dada tanya iman. Kampus masih lagi sunyi ketika ini. Pagi yang mula kedengaran suara yang memecah keheningan adalah setelah ayam jantan yang sedang berehat akibat sudah kepenatan melalui hari tersebut. Hebat tak kita sebagai pelajar IPTA jika dibandingkan dengan ayam jantan.? Memang tak lah? Malu juga untuk bob mengeluarkan kebenaran ni. Tapi apakan daya “yang hak itu akan tetap nyata apabila lenyapnya yang batil”.
Menuju waktu tengah hari, mula melangkah kerana terdengar sayup-sayup seruan perut. Berjalan menuju ke tempat yang sewajarnya. Untuk sepinggan nasi dan segelas air haruslah mengambil masa 1-2 jam, mengalahkan perbincangan pelaburan 6 million margin. Dasyat kan?  Mungkin itu latihan untuk lebih hebat dan berdaya saing. Sesudah makan, perut kenyang otak pula demand rest nak proses vitamin katanya. Tengok movie untuk ilustrasi minda.
Tibalah waktu asar, solat jika sempat, andai tak sempat tak mengapa masih belum tua lagi. Lagipun siswa IPTA, tak kan tak solat kot. Itulah persepsi. Waktu yang ditunggu, dating, riadah, game, tidur, dan banyak lagi. Baguslah, sekurang-kurang tak buat jenayah. Kadang-kadang je kalau nak siap anak yang kurang halal. Ops! Terlebih sudah jangan terasa ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.
Then Maghrib, waktu baik untuk makan malam. Perkara yang sama berlaku, waktu yang sama. Makan seperti meeting pelaburan 6 million margin. Melarat ke Isyak, barulah terasa panas kerusi tempat makan, itu pun lepas tauke café melontarkan jelingan manja. Balik ke bilik, berlaku pula majlis sharing caring, banyak masalah dikongsi.
Dah boring berborak sambung ke gaming time. Sampai lah kepala terlena pada keyboard. Kalau sekali pandang, rajin benar student zaman sekarang ni. Dua kali pandang kantoi sebab programe game lupa off.
Bila belajarnya yer? Senang je, malam sebelum due date assignment dan minggu-minggu peperiksaan akhir. Kadang-kadang yang dah overdose mula lah cari salah orang. Buat assignment tak ajak, tak pandai kerjasama, dan sebagainya. Diri sendiri tetap yang terbaik, kalau balik kampung imam yang hulur tangan dulu. Bagusnyer… Kisah yang lebih seronok, bila ada peluang mendapat pertolongan masih lagi tak bersyukur, mulut stay muncung mengalahkan itik yang tenat mengeram telur. Then mula tak puas hati, tabur perkataan tak senonoh, buat keje untuk duit nak support makan minum. Statement keluar ikut sedap jer asalkan persepsi orang pada yang terkena tu mencecah hajat jahat di hati.
Apa pun sedarlah, setinggi mana pun kita, masih lagi hamba yang Berkuasa. Tiada yang tinggi melainkannya. Kepada siswa/wi, tahniah kerana telah sampai ke puncak Menara Gading. Tapi jangan kita lupa, kedatangan kita di sini bukan hanya berakhir di dewan peperiksaan tapi kejayaan dalam kerjaya yang bakal kita ceburi kelak untuk meningkatkan lagi nilai kualiti keluarga kita. Ingatlah Ibu bapa mengharapkan kita akan menjadi tonggak tempat mereka berteduh suatu hari nanti. Pilihan untuk cemerlang adalah dalam genggaman anda. Anda fikir, buatlah keputusan. Akhir kata dari BOB :: goGOgo:: Peace~

1 ulasan:

  1. Tunaikan amanah....jadi org yg berguna...itu lbh baik....
    pada pandangan saya, kalau dapat cgpa tinggi pun, jika tiada nilai murni dlm diri, tiada gunanya juga...biarlah semuanya seiring....
    jadikan pengalaman sebagai pengajaran utk ms akn dtg....

    BalasPadam