19 April 2011

Dua langkah mudah untuk cemerlang akademik - IPT purpose

Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah bob tidak berbicara di laman sosial bob ini. Bob doakan kecemerlangan buat semua pelawat laman sosial ini. Hurm, "Final fever" kini kembali menghantui siswa/wi di setiap IPT. Sebagaimana yang telah bob ukirkan dalam wacana "lakaran : kampus life"  dua bulan yang lalu, pastinya inilah musim kesibukkan buat warga kampus. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya siswa/wi masih sedar akan tanggungjawab untuk cemerlang. Sorakkan tahniah dan salam kejayaan buat siswa/wi yang sedang bertungkus-lumus menghadapi detik penentu semester. Setelah hampir 13 minggu kita melayari bahtera perjuangan buat semester ini. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita menamatkan warkah perjuangan semester ini. Semoga yang cemerlang ini bakal dijulang oleh semua warga kampus umumnya dan pembaca setia laman sesawang W.S.B khususnya.

Baiklah, kembali kepada tajuk asal bob tadi. "Dua langkah mudah untuk cemerlang akademik" khas buat siswa/wi IPT yang sedang berhadapan dengan kemaruk peperiksaan akhir (Final). Sebenarnya tidak susah untuk kita cemerlang tetapi yang susahnya apabila kehendak untuk cemerlang itu tidak dapat dizahirkan dalam kehidupan. Kenapa? Tepuk dada tanyalah iman.Ops! terlebih sudah. 

Dalam sesi pembelajaran kita boleh bahagikan kepada dua keadaan :
1) Input
2) Output

Input merupakan situasi kita mencari ilmu. Situasi ini adalah seperti pembacaan kita, ketika mendengar syarahan pensyarah di dewan kuliah, penulisan nota, dan sebagainya. Keadaan ini merupakan amalan bagi setiap siswa/wi. Kerana bob yakin anda akan mengunakan proses ini setiap kali mahu sesi pembelajaran
Proses output merupakan proses mengeluarkan Input yang diperoleh untuk dikongsikan serta diolah untuk menjadi kefahaman yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Ahmad membaca konsep sosiologi (input), Ahmad memberitahu kepada rakannya tentang konsep sosiologi (Output). Jadi, Ahmad telah mengeluarkan input hasil daripada pembacaan beliau dan melalui proses output dengan menerangkan kepada rakannya. 

Kedua-dua proses ini adalah penting, tetapi output adalah proses terpenting. Mengapa? Kerana dalam Final proses yang berlaku adalah output bukan input. Siswa/wi bakal mengeluarkan apa yang anda pelajari untuk menyatakan kefahaman anda kepada pensyarah tentang perkara yang telah anda pelajari. Malangnya, tidak ramai dalam kalangan kita yang menggunakan output sebagai proses lanjutan dalam pembelajaran mereka berbekalkan alasan takut habis ilmu, takut orang lebih pandai, dan seumpamanya.

Mengapa kita perlu takut? kerana tiada keikhlasan, kerana terlalu banyak hiasan hasad. Sebenarnya kita semua silap. Semakin banyak yang kita kongsikan semakin meluas pengetahuan kita itu. Percayalah, bob telah amalkan sistem pembelajaran ini. dan terbukti di dewan peperiksaan pensyarah pasti akan bertanya "Senang sangat ke soalan saya?" 

Masih lagi tidak percaya? Anda cubalah sendiri untuk semester ini. Jika bertentangan dengan penjelasan bob ini Private Message pada FB bob. Bob janji akan belanja kamu. 

Baiklah, sudah banyak bob berceloteh. Apa-apa pun, salam kejayaan buat semua, do your best! let us make our parent proud for us. Okay~ :::goGOgo:::




Tiada ulasan:

Catat Ulasan