21 April 2011

Patah kan tumbuh : Hilang pasti berganti

Assalamualaikum w.b.t.
Hai, kawan-kawan apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera. Salam kasih sayang bob lontarkan buat pembaca sekalian. Hurm, hari ini bob ingin berkongsi tentang suatu perkara yang kian menghantui anak-anak muda. Terutamanya siswa/wi. Apa yer? 

Celoteh yang bakal bob kongsikan ini adalah hasil kesimpulan yang bob buat setelah mendengar tangisan luahan seorang kawan. Pastinya tidak jauh dari kisah cinta. Bob yakin semua tahu tentang cinta kan? Bohong jika ada yang tidak tahu. Betul tak?

"Aku tak percaya C.I.N.T.A…. Lalala"

Pernah tak dengar lagu di atas, boleh tahan gak best lagu ni. Layan lah time-time kecewa. Pergh, ni menunjukkan ada pengalaman. ;p

Okay, hari ni kawan bob hampir memilih untuk menjadi menentukan ajalnya. Kenapa? Were sher more? Hanya kerana cinta. Maaf, ini bukan kisah yang mengejutkan. Kerana ia sering berlaku, malahan bob juga pernah mengalaminya. Memang perit. Sangat perit. Rasa seperti tiada guna lagi hidup kat dunia ni. Dan inilah yang ingin bob kongsikan malam ini, agar kita terus kuat dan menjadi hamba Allah yang benar-benar mempunyai cinta yang hakiki.

Cinta merupakan sebuah perasaan kasih sayang yang tiada tolak bandingnya terhadap sesuatu perkara. Apabila cinta mula merungkai di dalam hati, pasti “tahi kucing kan rasa coklat”. Hebatkan perasaan cinta? 

Dalam dunia, seharusnya kita faham tentang konsep sebenar cinta, terdapat dua cinta utama di dunia ini. Pertama, cinta hakiki. Kedua, cinta hati. 

Cinta yang harus mendapat belaian seharusnya cinta hakiki, kerana cinta ini akan kekal berdampingan selamanya walaupun jasad kita sudah tiada bernyawa. Untuk coretan kali ini, bob tidak mahu banyak banyak berceloteh tentang cinta hakiki. InsyaAlla bob akan coretkan di warkah yang lain nanti.

Cinta hati tidak kurang pentingnya, malahan cinta hati bakal memberi kesan kecemerlangan yang hebat dalam seseorang. Bob yakin, ramai dalam kalangan warga kampus yang mampu menjulang api kecemerlangan disebabkan oleh kuatnya bara cinta hati mereka, dan tak kurang juga yang gagal kerana terkandas di episod cinta hati. Inilah masalah yang ingin bob bincangkan pada warkah kali ini.

Sebelum kita pergi lebih jauh, renungkan pepatah ini :
“Tak kan lari gunung dikejar”
Berbekalkan pepatah di atas, bob mahu kita semua yakin dengan empat perkara yang telah ditetapkan Maha Agung. Rezeki, jodoh, maut, dan pertemuan. Yakinlah, bahawa kita tak kan mampu mengubah kesemua ini. Sebenarnya, kita telah ditetapkan dengan siapa kita akan berkahwin. Dan ingat, ia tak kan lari walaupun kita kejar.

Bagi yang telah kecewa, kita harus mempercayai tentang hikmah di sebalik kejadian. Jika cinta pertama terkandas. Itu mungkin petanda yang lebih baik buat kita pada masa akan datang nanti. Yakinlah, bahawa anda pasti akan berjumpa dengan Adam/hawa yang jauh lebih mampu dan gah untuk membahagiakan anda. Apabila keyakinan ini yang dizahirkan dalam hati anda. Pastinya, cinta bahagia akan menjadi anugerah teristimewa buat anda.

Ingat! Cinta yang dicari, pasti akan pergi dan cinta dianugerahi pasti kekal abadi. Buat rakan-rakan yang mendapat anugerah cinta, jangan jadikan mereka sebagaimana anugerah bintang popular kerana mereka adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Jagalah cinta itu, dan jangan biarkan nafsu anda mengotorinya. 

Cinta dalam kesabaran pasti akan lebih bernilai berbanding dengan cinta yang terlalu terburu-buru. Berikan diri anda masa untuk lebih mengenali pasangan anda agar kita tidak terkejut bila bersama nanti. Apa yang penting, dalam cinta adalah jujur dan be your self.

Bagi yang telah, sedang, mahupun akan kecewa. SABAR, kuatkan iman, banyakkan berdoa kerana itu adalah assignment buat kamu untuk memperoleh cinta sejati kerana yang patah kan tumbuh, yang hilang pasti berganti. 

Buat kawan-kawan yang sedang bahagia, satu pesanan ikhlas dari bob khususnya buat lelaki, jagalah pasangan anda seperti mutiara di dalam bekas kaca dan hanya insan yang bertuah sahaja yang mampu memilikinya.

 All the best buat semua dan semoga perkongsian bob untuk warkah kali ini mampu melonjak sejuta semangat baru buat rakan-rakan sekalian. 

Ingat! hidup hanya sekali dan ia bukan ruang untuk kita kecewa inikan pula musnahkan diri. ::goGOgo::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan