09 Oktober 2012

Syukur Alhamdulillah!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Hurm!

Pengalaman baru dalam hidup aku malam ni. Satu pendedahan dengan kepelbagaian gaya hidup dalam meneruskan setiap nafas yang ada. Ada benar juga kalau aku perkatakan hidup ini memerlukan keberanian. Kita tidak boleh sepenuhnya bergantungan dengan manusia yang mempunyai kekuatan sama ada pangkat, fizikal, dan sebagainya.

Pendedahan malam ni membuktikan aku harus lebih berani dalam membuat keputusan. Aku tidak boleh terus mengadakan orang ketiga dalam membuat keputusan. Kalau lah ini berlaku dari dulu lagi, pasti aku lebih jauh dari hari ini. Tapi mungkin apa yang berlaku hari ini akan menjadikan aku lagi matang.

Syukur pada Allah kerana Kau telah banyak membuka aku peluang dalam usia yang sebegini muda untuk menikmati hidup yang aku impikan. Ya Allah, aku bermohon padaMu agar memberi aku ruang, peluang, dan rezeki agar aku dapat menikmati pemberianMu di samping berkongsi dengan insan-insan yang memerlukan. Aku yakin dalam rezeki yang Kau berikan ini pasti terselit rezeki hambaMu yang lain. Aku mohon hidayat dan petunjuk dariMu agar aku tidak lupa akan pemberianMu ini. Amin...

Alahai, mengantuknya... patutlah idea aku malam ni bercampur campur, rasanya input yang aku sampaikan ini pun tak mencapai matlamat. aduhai! Okaylah kawan, jumpa lagi ye dalam perkongsian idea akan datang. Selamat malam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan