04 November 2012

Multi task : Make yourself more valuable

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt



Salam kecemerlangan untuk semua. “multitask” Bob yakin kalian semua kerap kali mendengar perkataan tersebut malahan tak terkecuali bagi yang pernah mengalaminya. Dunia hujung jari pasti menjadikan perkataan ini suatu kejelikkan. Ye lah! Dunia serba mudah, apa kes nak buat kerja pelbagai ni kan. Kalau kerani tu jadi kerani jelah, kenapa pula nak kutip-kutip sampah, buat cleaner tak der kerja la plak. Ye tak? Pasti korang pernah sebut atau dengar atau baca perihal ni kan? Lalala...
Inilah orang kita, mudah sangat mengeluh, pertikai, sedangkan korang lupa bahawa kepelbagaian ini akan menjadikan nilai diri korang lebih sempurna. Contoh paling senang lah kita ambil kereta, mengapa kereta ViVa (A) lebih murah berbanding dengan ToYota Hilux (B)? Boleh jawab tak. Hurm! Bob pernah mendapatkan jawapan dari beberapa kenalan. Overall jawapan kereta kecil bro! Hah itulah orang kita 1st impression tu dah boleh conclude everything. Sorry to say lah, bukan itu yang kita mahukan cuba value soalan tu untuk dapatkan jawapan yang lebih berhikmah.

Kereta A lebih murah sebab task dia just for angkut org jer B pula multitask angkut org, barang, dan tak mustahil boleh buat angkut haiwan. Betul tak? Thats why mahal. Ada pula yang cakap why Camry mahal? Adush, soalan yang cukup bernas. Camry mahal becoz dia ni kelulusan tinggi, so sape yang pakai C ni selesa, tenang, aman, then dia jugak bijak ada ABS, air bag etc, lepas tu plak boleh shoot laju-laju tanpa buat org muntah, then plak blalalalalala! A boleh? 

So, lebih kurang jer kalau nak dibandingkan dengan kita manusia, majikan nak yang ada kualiti daripada menambah kuantiti. Kan-kan! Dah kalau korang tu bergraduate, mahal dah kat situ dapat lah exec HRM, boleh pulah manage system akaun, eh-eh boleh juga handle meeting, sejak-sejak kau ada cuci pula office ni, dan banyak lagi lah. Cuba korang bayangkan betapa sayangnye bos kat korang! :p
Bayar gaji exec HRM, buat macam-macam. Bukan niat nak dera korang tapi bila korang dah mula pakar dalam semua tu, tak mustahil andai kata bisness berkembang korang bakal jadi calon pengurus. Wah pengurus tu bang! Mau pergi 4 angka korang punya statement. Kan?

So, mungkin bagi sesetengah antara korang tak berapa nak faham dengan ilusi bob ni, tapi cubelah hayati dengan dalaman, bob yakin korang akan dapat hasil yang lebih mendalam lagi. Gunakanlah hasil tersebut untuk korang memajukan diri dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Ingat, tukul yang hanya boleh buat ketuk paku tidak mungkin dapat menewaskan tukul yang boleh buat ketuk, potong, cabut, lasak, dsb. Wah! Before keluar lebih banyak contoh yang korang lagi susah nak faham lebih baik bob stop. Nanti dengan bob pun tak faham.

Okaylah, apa pun perkongsian ini untuk kita semua beraksi agar masing-masing antara kita lebih mantap menghadapi persaingan dunia globalisasi. Okeyh frends, mohon undur diri dulu salam maju jaya buat semua. Bye2!

.::goGOgo::.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan