14 November 2012

Andai dia milikku - Pasti akan tetap milikku

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Selamat petang,

Sahabat semua tengah buat apa tu? Bagi yang sedang bercuti, pasti ada je keje yang korang lakukan, bagi yang bekerja, tentunya sedang menghitung waktu pulang kan?

Terlanjur dok online ni, teringin pula nak menekan-nekan laptop. Aku seringkali mendambakan kesempurnaan. Target aku akan mendapat teman yang bakal banyak membantu dalam menjalani kehidupanku ini.

Hurm, aku sedang dalam dilema untuk menilai tahap kebahagiaanku sebenarnya. Kadang-kadang aku terpaksa membohongi diriku dengan menyatakan bahagia. Tapi hakikat aku cinta dia. Pernah suatu ketika aku dilanda lakonan ngeri, dalam hidupku hadir dua insan yang mengatakan cinta padaku. Yang seorang ini aku menilaikan pengenalan dengan keadaan senangku, dan yang satu lagi dengan dari dulu lagi.

Satu hari tembelang aku pecah, aku diminta buat pilihan, jadi aku memilih insan yang telah lama denganku. Tapi pergaduhan atas sebab ketidakserasian itu sering terjadi. Hari demi hari aku belajar mengenali dia, semakin aku cuba, semakin aku dicabar, akan terserlah tuntutan dalam diam. Aku pun tak pasti dengan hakikat girls hari ni. Masa nak mendapatkan semua akan tampak sempurna, tapi bila kau memiliki, setiap inchies tuntutan pasti kau kemukakan.

Hurm, aku tak bisa menyalahkan sesiapa kerana ini adalah pilihanku untuk memenuhi kehendak diri dengan berteman. Ye lah sunyi punyi kes, kurang kasih sayang keluarga punya hal, aku serahkan perasaan aku. sedangkan masih terlalu awal, sehingga saat ini aku mungkin terasa bahang tekanan untuk lebih cepat berumah tangga asbab dari ketakutan aku hilang daya kawalan untuk memastika aku tida tewas dengan gelodakkan nafsu aku.

Tak pa lah, pilihanku aku jadikan suatu perkara yang menjadi bias takdir dalam hidupku dan wajib untuk aku menerima itu semua. Aku tingkatkan lagi pengetahuanku untuk hidup berpasangan. Aku cuba menjadi suami yang dapat membentuk isteriku menjadi seorang yang lebih matang. Tapi paku kalau tak diketuk mana mau masuk ke dalam. Namun kalau ketuk paku tak jadi masalah, tapi kalau ketuk orang memang menjadi masalah. Mana tidaknya, orang bukan boleh nak diketuk-ketuk. Lagi mak bapak yang membela korang pun tak mampu nak ketuk ini kan pula aku sebagai BAKAL suami. Aduh, perit-perit.

Tak pa, sebagai gentlemen, dan sempena hari untuk aku berhijrah menjadi insan yang lebih baih ni, aku nakcuba jadi diri aku dan biarkan dia dengan caranya. Aku nak move je langkah hidupku tanpa sebarang omengan dan bab jodoh tu aku rasa biarlah Dia yang aturkan.Setakat ini cintaku milik dia, tapi dengan penghijrahan aku ini, cinta aku sebenarnya milikMu Ya Rabb. Andai dia dicipta untuk melengkapkan rusuk ku, kau jalinkan aku dengannya sebuah perasaan yang penuh kasih sayang hingga ke syurgaMu. Amin.

Okaylah, terasa macam nak ke pesisir pantai lah pulak. Dengan alunan ombak. Pergh! boleh wat hilang stress. jom kita beristirehat semua. Jumpa lagi yob! Assalamualaikum wbt.

Putera Bongsu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan