14 November 2012

Berubah dan Istiqamah!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt

Salam Maal Hijrah, hijrah itu? Banyak jawapan yang boleh menjawab semua itu. Betul tak? Ringkasnya, hijrah lebih ideal jika dikaitkan dengan perubahan. Macamana? Perubahan dari (?) kepada (?).

Tentunya ramai dalam kalangan sahabat sekalian mahu berubah daripada yang buruk kepada yang lebih baik. Boleh ke? For sure, memang boleh. Tapi yang tak boleh nak istiqamah tu. Hurm!

Contohnya, kita tetapkan matlamat nak ubah sifat baran. Tentu sekali boleh. Tapi untuk berapa lama? Allah akan terus menguji tahap baran tersebut, semakin mahu berubah, semakin mendatang cabaran. Tak percaya cubalah! Maka inilah yang mengakibatkan kita tak mampu untuk beristiqamah.

Pasti sia-sia perubahan yang sementara ini. sekarang, maca-macam kita boleh dambakan perubahan yang baik dalam diri, tapi 2-3 jam lagi huhu, tak tau nak kata pa.

So, untuk pastikan kita berubah dan kekal dalam perubahan tu, cuba kita bayangkan kemanisannya. Back pada masalah baran tadi, macam bob, senang sangat marah tapi setiap pagi bob akan berniat, aku nak cuba senyum ja hari ni. Tak nak marah-marah lagi. Kadang-kadang tu boleh lah bawa ke petang, tapi kadang-kadang tu, duduk je kat meja kerja. mak aihhhhh! ada je yang tak kena. Mana taknya, customer complain berlambak-lambak, P&L banyak tak kena, claim company mula banyak, boss pula mula tanya soalan-soalan yang tak masuk akal. Mula lah membara api baran. Habis satu pejabat akan mendapat. Tapi bila dah okay, kesian pulak rasanya. Yang tak bersalah tu dah macam ada penyakit kemurungan pulak.

Susah kan! Bob pun sering cari jalan bagaimana nak kurangkan baran dalam diri ni. Rasa macam asyik gagal je. Hurm!

Sempena hari yang mulia ni, bob sedang merangka satu taktik baru, bob nak gunakan laptop bob ni sebagai tempat meluah. Apa je yang bob rasa nak marah akan bob nukilkan kat word. Memang akan menjadi tapi harap boleh ingat bukak laptop bila rasa nak marah.Setuju tak kalau bob kata kita lengahkan mulut kita dari berbicara bila nak marah? Kita banyakkan perbuatan yang boleh menjadikan ibadat. Hurm, tak mustahil api kemarahan akan reda. Allah pun tak kan kejam pada kita kan? Pasti ada Nur untuk kita lebih berjaya.

Semoga bob mampu meraih kejayaan dalam penghijrahan ni. Kepada kengkawan, kita sama-sama cuba untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik ea. Semoga kejayaan yang gemilang menjadi milik hidup kita semua. Okay! kawan-kawan bye2

Putera Bongsu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan