16 September 2012

Kehidupan! Hurm...

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt,

Hari yang indah, syukur kerana masih berpeluang untuk kita menghirup udara segar, tapi... apakah kita benar2 bersyukur. Dont pandang jauh2! tengok pada diri bob. Banyak juga yang masih gagal. Kepimpinan Rasullullah saw asyik terbelakang jer. Ya Allah, apa nak jadi ni. Kerana memenuhi kehendak hidup aku banyak membelakangMu. Aku mohon bimbingan dariMu Ya Rabbi. 

Kawan2 apa khabar? Harap semua sihat2 la yer. Apa kata hari ni kita cuba sesuatu yang baru. Internal Audit pada diri kita sendiri. Boleh gak kita betulkan terus apa2 kesilapan yang kita lakukan. Tak lah kita terlupa padad dosa2 yang kita lakukan.

Macamane ea? Bob pun tengah mencari method yang sesuai lagi. Rasa2 kita kena mulakan balik sistem tadika yang kita belajar kecil2 dulu.

Macamana kalau kita draft satu nota jadual kehidupan! Kita cuba check perjalanan kehidupan kita setiap hari. Then, bila kita nampak ada something kebejatan dalam perjalanan kehidupan kita pada hari itu, kita terus betulkan. 

Selepas kita buat pembetulan, bolehlah kita unjurkan tangan kita ke hadrat Illahi dan mohon padaNya agar kita tak leka serta terlupa dengan tanggungjawab kita sebagai insani yang bakal kembali kepadaNya satu hari nanti. Apa kata hari ni kita cuba mulakan proses ini. Semoga kita bersama-sama menuju jalan kejayaan yang kekal abadi. InsyaAllah!! .::goGOgo::.

Putera Bongsu
BoB-1988

Tiada ulasan:

Catat Ulasan