15 September 2012

Cukup itu bila kita bersyukur!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt,

Kembali lagi untuk berceloteh, okay kita terus selongkar tajuk hari ni. Jangan pandang orang lain. First, look at our self. Apa yang nak tengok ea? Okay! pagi tadi sebelah ni adalah sebuah kereta idaman park sebelah kereta bob. Wah! terimagine seketika dok drive kete tu. Tapi kehendak perlu dibelakangkan dulu kerana keperluan masih menjadi keutamaan.  Kembali pada topik kita, berdasarkan experience pagi ni, bob teringin sangat nak pakai kereta idaman ni. tapi bila pikir lagi sekali mampukah bob nak handle nanti. sebulan dua mungkin okay! tapi lepas ni bila dah ada tambahan komitmen memang tak lah kan! Hehehe,

Kalau dulu zaman daif, boleh tengok je orang naik kete, bob punyai kenderaan masa tu lagi sempoi, tanpa bumbung dua tayar... hebat tak... hujan panas ku redah jua... berpegang pada konsep AAK, perjalanan tetap perlu dan wajib diteruskan tanpa gagal, kalau tergagal itulah pilihan untuk kita belajar. Tak gitu adik kakak? ;p

Sekarang ni, Alhamdulillah, ada lah yang berbumbung. fuh, dah tak basah dah time hujan! tapi kehendak tu, nak juga yang besar, perjalanan kerja pun baru je setahun jagung, mak aih, kehendak dah mula push2. ni yang sakit... pikir punya pikir tadi, lebih baik bob ukur baju kat badan sendiri, memang giler ah gamaknya, pasal badan bob ni size mat salleh, alah yang jenis makan spageti tu. hahaha! So, walaupun tak dapat apa yang diidamkan, its okay lah, improvements tetap ada. Ada rezeki nanti pasti boleh punyai pegang stereng tu. ;p LoL!

Salah satu cara nak elak tekanan dalam hidup, senang je... jangan cari tekanan. Wah! nampak macam senang sangat bob explain kan. Macam ni lah, panjang ceritanya, sekarang ni kita dah ada keperluan untuk bergerak. bayar dalam 2-3 rat sebulan, tu pun dah jadi salah satu tekanan. Mana tak nya, dapat gaji p kat mesin sumbat je payment dalam tu. hahaha... Jadi kalau setakat ni keperluan kita tu dah ada, janganlah senan2 kita nak tambah tekanan hidup dalam memenuhi kehendak. betul tak? Itulah yang bob nak sampaikan. Tenang, relaks, jangan gopoh, ada peluang tambah pendapatan nanti, tanpa segan boleh lah p test drive. ;p

So, apa pun dalam hidup ni, tekanan pasti ada kerana tekanan itu datang dariNya, yang nak aplikasi tekanan tu je kita perlukan kemahiran KBKK. Okay gengs! habis untuk topik ni. Jumpa lagi nanti bila ada perbincangan yang baru yer. Selamat maju jaya .::goGOgo::.

Putera Bongsu
BoB-1988

Tiada ulasan:

Catat Ulasan