10 Mac 2013

Dipulau? Tak mengapa, asal tidak memutuskan silaturrahim!

Assalamualaikum... Lama sudah bob tidak mencoret ukiran hati di sini. Hurm, banyak masalah yang terpaksa bob harungi. Masalah keluarga, memang tak kan ada garisan penamatnya. Bergaduh, bertekak, dah jadi macam asam garam dalam kehidupan berkeluarga ni. Kadang - kadang bob pun tak faham kenapa insan yang hadir dari satu rahim boleh bermasam muka, lebih-lebih lagi pabila ketiadaan ibu yang menjadi tonggak perpaduan. Banyak sebab yang boleh dikaitkan apabila berlaku pergaduhan. A akan cakap B salah dan sebaliknya. Memang benar pun, kalau diikut dari konsep teori pun tak akan ada orang nak mengaku membuang najis tengah jalan. Tapi keegoan ini banyak menjadikan hubungan saudara antara kita hancur, musnah,dan berkecai. Senang kan untuk kita musnahkan sebuah hubungan yang ternyata tak kan putus. Baiklah, pendekatan terbaik yang bob dapat adalah berdiam diri, tidak bermakna membuang, memutus, tapi menjaga hati agar tidak terus dibelenggu dendam dan marah. Biarlah hari ini bob dihina, dicaci, tapi hakikat bob iringkan dengan doa agar semua selamat dalam rahmatNya. Biarlah asbab kejauhan bob ini menjadi pengerat yang boleh menyatukan kalian semua. Sebenarnya bob terlalu letih melayan egois seorang pemimpin yang tak boleh ditegur dan sentiasa mahu dituruti. Ini tidak bermakna bob adalah betul semuanya, tetapi kita ada cara untuk menegur dan membimbing. Bukan dengan menyatakan salah dan terus memaut dendam sehingga menarik insan luar untuk turut sama memberi belas ihsan kepada kita. Kelulusan akademik tidak beerti tak boleh ditegur, dan amat kecewa apabila kejayaan seseorang dipertikai tentang tahap akademiknya. Apakah itu teguran atau hasad, sewajarnya kita meletakkan ucapan tahniah kepadanya agar dia terus menjulang bunga kejayaan dan bukan takut untuk menjadikan dia sebagai seorang yang lebih berjaya dari kita. Kalaupun dia berjaya, tidak bermakna dia akan lupakan kita. Lain orang lain caranya, kita tidak sama. Apa yang penting di sni, kita perlu untuk tanya diri, kenapa si A atau B buat begini pada aku. Andai dia adik teruskan pada dia, bukan mencacai pada orang luar. Janganlah tunjukkan sangat kelemahan kita sehingga gagal untuk kenal adik sendiri sehinggakan perlu tanya kepada orang luar. Bodoh kan??? :-) Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan