07 Ogos 2012

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Assalamulaikum...


Dalam perjalanan ke KTR tadi, bob sempat terfikir dengan maksud sebenar ketenangan.  Apa itu ketenangan? Adakah kita memperoleh ketenangan setiap masa? Pada kebiasaanya kita mengatakan kaya itu tenang tapi apakah benar? Dalam melalui jalan pesisir pantai menuju ke KTR bob terus mengumpulkan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang manusia itu tenang dalam menjalani kehidupan mereka seharian. 

Jadi bob hanya dapat memperoleh 4 faktor yang dikatakan boleh menjadikan kita sebagai seorang yang tenang ;

Pertama – Wang / harta kekayaan  : Hmmmmm! Pastinya ramai yang mengatakan sikaya itu pasti hidupnya tenang manakala si miskin itu 24 jamnya pasti akan serabut. Betul tak? Tapi cuba kita mendalami kehidupan si miskin, tak tenang ke mereka? Hmmmm, bob rasa mereka lagi tenang sebab bulan-bulan tak perlu nak fikir hutang kereta, rumah, etc…. tapi bagi si kaya pula tentunya perlu mengatur wang yang banyak itu untuk diagihkan kepada akaun hutang 1,2,3,4,5,6 etc… silap hari bulan income tak dapat tanggung expense, mulalah cari A.L.O.N.G – ALONG. Kalau dah cari ALONG tu tak de nyer tenang. So, wang / harta kekayaan sememangnya bukan faktor yang boleh menjamin ketenangan. 

Dalam dok layan fikiran tiba-tiba seekor lembu main kejar-kejar. Adush! Nasib baik Mc Larren hari ni puasa kalau tak memang lembu tu standby ntok raya haji tahun ni lah. Tengok je kat lembu tu teringat pula satu ketika raya haji. Raya terakhir bersama dengan arwah bonda. Satu family amik satu bahagian. Seronok sangat saat tu, makan daging segar sampai kepala naik biol. Hahaha! Jadi, mungkin juga faktor kekeluargaan menjadi pendorong kepada ketenangan? Ye ke? Hmmmmm! Kadang-kadang tu mungkin lah, tapi kalau selalu tu tak kot. Ye lah, keluarga kita pun pinjaman dari Allah swt gak kan? DariNya mereka datang dan kepadaNya mereka kembali. Kadang-kadang tu sebelum mereka kembali pun kita dah merasai kehilangan. Kehilangan ni bukan maut je tau banyak yang menyebabkan kita kehilangan. Contohnya, masa kecik-kecik dulu boleh jer kita makan dalam satu pinggan, cubit lauk kongsi-kongsi. Tapi bila dah masing-masing dewasa boleh ker? Tak pe lah, saat macam ni masin-masing dah ada impian.

Wang bukan, keluarga pun bukan… Ape ye? Wooooaaaaa! Mengantuk la pulak…. Okaylah ni dah sampai kat jeti Pulau Perhentian. Coooommmmeelllnyeee pulau ni, Hmmmm apalah yang boleh buat kita rasa tenang sepanjang masa ea? Orang kata berkawan biar seribu, boleh ke kawan modenisasi ni buat kita tenang? Apa yang bob tahu kawan ni tak lebih dari barang, orang yang nak berkawan dengan kita pun akan tengok apa yang kita ada, apa pula yang boleh dia tumpang. Kenapa? Tak percaya? Cube lu olang tengok sindiri lah, olang yang jalan kaki, duit tarak, kerapkali dok ngan sapa? Sorang je. Tak denye nak gelak-gelak reunion. So, betullah kan? Hahaha…. Bab kawan ni memang tak leh wat masuk kamus dah sebab boleh jadi rugi masa, wang, tenaga je. So, teman memang bukan faktor ketenangan. Shuhhhhhhh! P jauh-jauh yer.

Mak aih, patutlah dalam akhbar ramai orang yang bunuh diri, tikam mak, sumbang itu, sumbang ini, sebab hati tak tenang la ni kan? Kesian-kesian. Back to the basic, bob rasa apa yang dibawa oleh musafir yang berdakwah ni betul juga. Tiada ketenangan yang benar selain dari kurniaan ketenangan dariNYa. Hmmmmm. Betul lah, cuba kita bangun solat malam buang seluruh dunia dan renungkan kematian pastinya duit yang tak cukup pun boleh jadi cukup, rumah yang kecik pun dah boleh jadi besar, dan macam2 lagilah. Tiada lagi yang mahu diminta bahkan terlalu cukup sudah nikmat yang diberi tu. Ya Allah, kenapalah bob boleh tak terfikir tentang ketenangan yang Maha Tenang. Kita sering lupakan Dia, mcamane hati mau tenang maaaa! Teruk kan? Hmmmmm… nampaknya sebelum menjadi seorang pemimpin keluarga, dunia, kampung, pekan, etc…. bob perlu buat satu langkah baru agar kita tidak lagi tertewas dengan godaan dunia yang boleh mengheret kita ke lembah neraka jahannam. Ayuh kawan2 kita mulakan langkah versi baru sempena musim lailatulQadr tahun ini agar ia menjadi kerinduan syahdu buat kita semua. 

“Selamat beramal”

.::goGOgo::.

Nukilan
Putera Bongsu
BoB-1988

Tiada ulasan:

Catat Ulasan