05 Ogos 2012

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Antara kehendak dengan anugerah? Apa yang harus kita lakukan, andai kita diberi sebiji epal (anugerah) tetapi kita mahukan sebiji pear (kehendak). Puaskah kita dengan apa yang peroleh itu? Hmmmmm! Memang tak lah, sebab kita pasti akan tak sukkkkkaaaa sangat kan... Tapi boleh ke kita dapat pear sekiranya rezeki kita dah sah-sah epal?

Inilah masalah yang kerap kita lalui, kita sering jadikannya suatu perkara yang rumit. Salah cara ni sebenarnya. Sepatutnya, kita menerima epal tersebut dengan hari yang penuh kesyukuran. Hargai epal tu... Gigit sedikit demi sedikit, kunyah perlahan-lahan dan rasai kemanisannya kerana disebalik tabir semua itu pasti tersirat hikmah. Cuba anda bayangkan khasiat yang kita peroleh daripada epal itu berkemungkinan diperlukan oleh badan anda yang tidak mampu dibekalkan oleh sebiji pear.

Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita. Kita ini manusia yang lemah, dan tak kan mampu berfikir jauh melepasi ketentuanNya. Sesuatu yang kita tidak suka itu pasti ada kelebihan untuk kita dan tidak semestinya sesuatu yang kita suka itu baik untuk kita. Okay! Selamat beramal

.::goGOgo::.

Nukilan ikhlas,
Putera Bongsu BoB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan