10 April 2012

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Assalamualaikum w.b.t
Suatu pagi yang penuh dengan keceriaan. Permulaan dengan persiapan yang penuh cemerlang. Hurm! Rasa macam nak masak kat rumah jer pagi ni. Lagipun masih banyak masa ni. So apa lagi, siap sudah menu telur hancur@macho yang amat sodap dimakan dengan roti. Fuh! Lengkap 3 keping masuk dalam perut. Boleh tahan juga bob masak. Full perut untuk breakfast hari ni. Alhamdulillah.

Apa mau tunggu lagi. Jam pun dah menunjukkan jarumnya tepat pada angka 8. Hohoho,! Start your engine. Fulamak, macam tak caya la plak. Dulu, time pakai kasut nak ke sekolah bob selalu terbayang bilalah nak pakai kereta. Dalam hati tu gemerlapan yang amat sangat nak pulas stereng kereta. Ye lah, kat rumah member semua ada kereta kat parking lot diaorg. Tak pe lah bob, skurang-kurang ada gak kereta sorong pinjam bawah rumah kau ni. Walau apapun yang berlaku dulu, hari ni bob amat berbangga, setiap pagi kot bob boleh panaskan engine kereta dengan pakaian ala-ala exec. gitu. Wah! Semua impian dah tercapai. Hurm! Tapi awat ada rasa kurang tenteram ni? Pergh! fikir punya fikir, rasa sunyi rupanya, rasa macam nak ada orang yang pakaikan tie plak setiap pagi. Hahaha… Inilah namanya gedik mengada-ngada. Sabar bob sabar, belum sampai seru tu. Kalau dah jodoh bintang dengan asam pun boleh ke temu. Mula dah tersenyum sorang-sorang pagi ni.

Then, masuk kereta, buka econ, pergh! Best giler. Hah! Yang paling best biler Dj radio buat isu kesusahan masa dulu kemanisan hari ni. Hurm! Semua cerita agak lebih kurang (Atap bocor, tak der duit,etc). Tapia pa pun bob bersyukur sebab tak pernah pula bob diuji sampai tido kat stesen bas. Paling tenat pun lepak kat pantai sampai subuh, lepas subuh, imam nak berkuliah tu. Boleh lah tido kejap. Hahaha, TQ Ya Allah, sebab sentiasa beri hambaMu ini tempat untuk berlindung. Bob bersyukur kerana diuji begitu. Saat bob jatuh dan hampir tewas semua insan mula menghilang, yang rapat mula jauh, yang dekat mula terasing. Terima kasih kepada yang rapat dan jadi lebih rapat waktu itu. Jasa korang tak kan mungkin luput dari ingatan. Syukur lagi kerana dari pengalaman ini, bob mula kenal keluarga.
Apa pun yang berlaku menjadikan bob puas dan hanya air mata bangga bob mampu keluarkan. Kepada yang berkenaan maaflah sekiranya permintaan anda untuk bertemu walaupun sekadar secawan teh tidak dapat bob tunaikan. Bukan sombong yang ingin bob utarakan tetapi hati ini terlalu belum bersedia untuk menemui kalian dengan harapan agar kalian semua mampu memahami isi hati ini. Ketahuilah bahawa

“Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu… lalalala”

Semoga apa yang telah berlaku tu bob boleh jadikan panduan dan penyuntik semangat untuk terus bob memacu ke hadapan sebagaimana tagLine bob .::goGOgo::.

So, nasihat untuk hari ini agar semua kawan-kawan semaikan tekad UNTUK BERJAYA. Ingat! Never untuk berhenti berharap kerana Allah amat rindukan rintihan kita semua. 

Andai hari ini kita diuji dengan keperitan, itu bukan bermakna kasihnya tiada untuk kita tapi kenyataannya adalah Allah telah memilih kita untuk melalui ujian yang mungkin setiap perjalanannya itu memberikan kita merasai nikmat pahala.

Okay saying! Semoga coretan bob hari ini mampu memberi kita semua manfaat untuk terus Berjaya. Selamay maju jaya, n wish u allz the best of luck.

.::goGOgo::.

Regards,
BoB A016597

Tiada ulasan:

Catat Ulasan