26 Disember 2011

Kejayaan Hakiki (Pastikan anda tidak melanggar peraturanNya)

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB


Kehidupan dunia tak ubah seperti perjalanan musafir di jalan raya. Kalau di jalanan kita mempunyai peraturan, begitu juga dengan peraturan untuk mengecapi liang kejayaan. Sebagaimana topik bob sebelum ini  yang menceritakan tentang pilihan. Bahagia atau derita, itu adalah pilihan yang kita sendiri buat, ingat KITA yang buat bukan orang lain.
Jadi hari ini ingin bob berkongsi idea tentang pacuan bagaimana yang harus kita lakukan untuk capai pilihan yang kita buat dulu.
Kejayaan hakiki, kejayaan yang amat indah yakni sebuah kejayaan yang bakal dirasai duniawi serta ukhrawi. Hari ini ramai yang berjaya dan menggapai impian mereka, tetapi apakah kejayaan itu adalah untuk kedua-dua dunia? Sebelum kita memacu accelerator untuk mengejar impian yang telah kita buat dulu, apa kata kalau kita kenal dulu peraturan kehidupan yang telah ditetapkan. Kalau di jalan raya kita risau dengan surat jemputan abang polis, tidakkah kita akan takut dengan surat yang bakal diserahkah di alam sana? Adakah sebelah kiri atau kanan yang kita akan terima surat itu?
Kehidupan juga tertakluk kepada peraturan, berdasarkan rumusan yang telah bob buat, hanya terdapat satu sahaja peraturan yang perlu kita ikut dan pastikan ia dilakukan berterusan iaitu lampu isyarat. Berteraskan konsep stop, see, and go bob yakin kita tidak ketinggalan dari aspek dunia mahupun akhirat.
Setiap hari kita akan memacu diri kita untuk menghabiskan aktiviti harian, tapi janganlah kita terlupa untuk berhenti kerana kita akan bakal melanggar peraturan-peraturan kehidupan yang sedia ada, dan mungkin perjalanan hidup yang kita lalui tadi akan menyebabkan kita melanggar keluarga kita sendiri tanpa kita sedari akibat dari ketaksuban kita mengejar pilihan yang telah kita buat tadi. Contohnya, mungkin ibu bapa masa kini telah membuat pilihan untuk lebih berjaya dalam kerjaya dan dalam masa yang sama adakah anda pasti anak-anak anda tidak kehilangan rasa kasih anda?
Setelah penat kita memecut, tak salah sekiranya kita berehat  (stop) seketika dan melihat (see) bagaimanakah perjalanan kita hari ini atau dengan kata lain bermuhasabah diri.
Apakah yang kita telah lalui hari?
Adakah kita mematuhi peraturan dosa pahala, halal haram, dsb?
Ambil masa, fikir sejauh mungkin anda tidak akan rugi kerana anda pasti akan mengenalpasti laluan baru untuk anda lebih cepat ke destinasi pilihan tadi. Setelah anda yakin, perjalanan anda selamat, ikut peraturan, maka anda teruskan perjalanan itu (go).
.::goGOgo::.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan