18 Januari 2011

BAHAGIA vs DERITA - Yang manakah pilihan?

Setiap manusia sering mengimpikan kebahagian, tapi apakah kita menuju ke arah itu? Hanya diri kita sendiri yang mampu memberikan jawapan ikhlas dan jujur. Segalanya terpulang pada pilihan yang kita mahu.
Dalam kehidupan terdapat dua laluan sama ada bahagia atau derita, semuanya bergantung kepada penilaian akal waras kita untuk memilih jalan yang sebenarnya kita mahukan. Buktinya, seorang yang telah lama berpasangan dan akibat dari ketentuan Illahi terpaksa mereka berpisah. Lumrahnya, amat derita yang harus mereka tanggung tapi batinnya mereka masih lagi mempunyai laluan gembira. Ini bermakna, mereka masih mempunyai banyak peluang berdasarkan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kerana, Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya, melainkan komitmen yang sebenar dari kita sendiri. Sambung cerita putus cinta tadi, peluang untuk bercinta lagi masih banyak. Mengapa pula kita memilih untuk terus derita sepanjang hayat hanya kerana impian cinta pertama yang tidak kesampaian berkecai? Renungkanlah aspek ini. Mungkin segelintir adik-adik tidak dapat memahami aspek ini.
Untuk lebih jelas lagi, bob ingin menekankan di sini bahawa konsep minda itu adalah stereng sebenar kehidupan atau dengan kata lain pembawa jalan (Rahaba). Contoh yang lebih senang untuk membuktikan bahawa minda ini sebenarnya raja diri adalah konsep kepercayaan pada alam ghaib. Sebagai contoh, sebuah rumah yang dikatakan puaka tidak akan menakutkan kita pada waktu t/hari (Waktu yang cerah/ siang). Tapi rumah puaka ini amat ditakuti pada waktu malam. Kenapa? Fikirkan.
Untuk bahagia, minda kita mampu mengubah sebuah persepsi kehidupan derita. Yakinlah, jika pembaca sekalian pernah kecewa, sentiasa diuji, itu adalah pilihan Allah untuk menjadikan kita seorang hamba yang lebih hebat dan tidak lupa padaNya. Pohonlah padaNya daya kudrat kekuatan dan jangan lah begitu meratap kasih pada yang manusia lain kerana itu juga salah satu laluan yang mungkin menjadikan kita lebih yakin dengan makhluk lain dan bukan dengan Allah yang Maha Agung. Selamat berjaya buat semua. Sekian.

::goGOgo:: ~BoB~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan