18 Januari 2011

Langkah baru untuk lebih cemerlang

Setiap waktu orang yang cemerlang itu bakal diuji dengan pelbagai onak dan duri, namun seringkali kita gagal dalam mengharunginya hanya kerana kurangnya pupukan nilai sabar dalam diri. Kita sentiasa mencemburui kejayaan insan-insan lain sehingga mengakibatkan kita dikelilingi rasa tidak puas hati pada mereka. Sepatutnya, sebagai manusia yang berjaya kita menjadi seronok dengan kejayaan tersebut lebih-lebih lagi mereka itu adalah orang yang dekat dengan kita (abg, adk, kakak, kawan, sahabat,etc).

Mengapa tidak kita ungkapkan sepatah ucapan tahniah pada mereka atas kejayaan yang mereka kecapi itu?

Mengapa tidak kita rasa bangga akan kejayaan tersebut?

Mengapa tidak kita cuba untuk lebih cemerlang berbanding dengan kejayaan itu (Persaingan sihat)?

Pelbagai lagi soalan yang wajar serta patut kita tanyakan pada diri kita. Soalan yang boleh menjadikan kita lebih cemerlang dan bukan hanya bertanyakan ayat-ayat kecewa hanya kerana kita tidak diizinkanNya untuk mendapat kejayaan yang diperoleh insan lain.
Ketahuilah bahawa setiap kejayaan itu juga adalah ujian. Walaupun ia adalah ujian yang dihantar dalam bentuk coretan senyuman gembira, namun ia adalah dari Yang Maha Kuasa untuk mengetahui sikap kita tentang rasa syukur, sifat riak, sombong, dan sebagainya.
Oleh itu, haruslah kita mengatur perasaan atau langkah baru untuk menjadi insan yang lebih cemerlang dunia dan akhirat dengan menjadi diri kita sendiri serta bersyukur dengan apa yang diperolehi dan berbangga dengan kejayaan insan lain iaitu dengan menjadikan kejayaan mereka itu sebagai suatu elemen untu kita lebih cemerlang disisiNya.

Segalanya terpulang pada diri kita : "Tepuk dada, tanya iman" - ::goGOgo::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan