03 April 2013

Rindu yang tak pernah pudar

Assalamualaikum,

Rindu? Banyak juga kategorinya. Tapi yang jelas, rindu itu sesuatu yang pasti ada dalam diri setiap insan. Sekuat mana pun hati seseorang itu, kerinduan pasti ada dalam diri mereka. Betul kan? Kalau silap tolong tegurkan.

Hurm, bercakap pasal rindu ni, banyak yang mengelirukan diriku, tapi rindu ini juga yang buat aku takut menjalani kehidupan. Telah aku kajikan dengan korbankan rasa rindu, langkahku kian menjadi jauh, dan semakin aku pergi, semakin aku diuji dengan kehilangan. Hari semakin hari rasa rindu kian membiak di dalam qalbu.

Tapi dengan pengorbanan rasa rindu ini, banyak juga positif yan dapat ku perhatikan, dengan kehilanganku, abang dan kakak ku mula bertegur. Apakah ini yang dikatakan hikmah? Aku gembira melihat mereka mula berinteraksi antara satu sama lain. Kalau lah boleh aku juga mahu. Tapi Allah,membawa aku jauh dari mereka, dan membenarkan mereka berhubung antara satu sama lain.

Alhamdulillah, mungkin aku ini asbab untuk mereka berkomunikasi, biarpun perit pembinaan kehidupan yang aku lalui untuk aku menapak-maju-stabil, aku harungi tanpa peduli erti garam dan rasa. Kerana bagi aku garam terdahulu tidak mungkin lebih baik dari sekarang, kerana garam yang ada masa kini boleh jadi garam yang telah melalui proses yang lebih baik.

Aku bangga kiranya aku dikatakan keras kepala, kerana dengan sikap ku ini banyak membawa perubahan dalam hidupku. Biarpun aku ini hanya berstatus bongsu, aku tetap lebih maju dari yang teratas. Bagi aku yang sepatutnya aku pelajari adalah dari mereka. Pelabagai onak dan duri aku tempuhi dan aku dapatkan hanya dalam waktu yang begitu singkat.

Hari ini ramai yang pertikaikan akan kelebihan kerjayaku, bergaji besar, berstatus tinggi, tapi??? hanya aku yang lebih tahu akan di mana diriku sekarang. Bagi aku semuanya pengurusan hidup. Maju atau mundurnya kita hari ini adalah disebabkan oleh berjaya atau gagalnya pengurusan kehidupan kita. Jadi, cukup atau tidak itu, bagi aku hanya alasan.

Dulu aku sering tertanya-tanya, mengapa ibu aku selalu bersedih dengan masalah kewangan, sedangkan hanya tinggal aku sendirian yang dalam tangunggan. Bila aku perhatikan, mungkin mereka ada komitmen keluarga masing-masing. Tapi bila aku melangkah ke alam kerjaya, aku cuba dengan akal dan ilmu ku sendiri, aku cukup untuk menjalani sebuah kehidupan malah aku dapat rasa bahawa ibu tidak patut rasa pening dengan masalah kewangan. Namun apakan daya, sikapku ini yang menjadikan aku kehilangan.

Aku redha dengan segala ancaman ini, aku hanya mampu kalian terus bersatu dan doaku tak kan hilang untuk kalian semua. Apapun tanggapan orang pada aku, aku tetap akan bersama kalian, hanya takdir yang akan menyatukan kita kembali.

Alhamdulillah, dengan kehadiran seorang anugerah, aku mungkin bakal mendirikan sebuah masjid. Semoga kesunyianku ini terisi dengan celoteh si dia, dan anak-anak ku nanti. Aminnnn Ya Allah, aku mohon petunjuk dariMu untuk lebih kuat dan menjadi hamba Mu yang penuh dalam Barokah. Amin!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan