13 September 2011

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

PEKERJAAN - Dunia baru untuk golongan pelajar.

Assalamualaikum,

Dunia kerjaya kini menjadi kerunsingan minda buat golongan pelajar. Setelah bertahun-tahun bertungkus lumus menamatkan pengajian, dunia inilah yang menjadi kerisauan iaitu sebuah dunia yang bakal menjamin kedudukan kita pada masa akan datang. Dulu bob juga pening memikirkan persoalan ini. Mana taknya, bidang diceburi amat berbeza dengan tawaran kerjaya. Cukup stress. Tapi bila kita back to the basic "ulat dalam batu pun boleh hidup kan?"  So, kalau ulat boleh, tak kan kita yang semulia-mulia ciptaan ni tak mampu nak meneruskan kehidupan untuk masa akan datang.

Berdasarkan pengalaman, bob ingin katakan satu jer, dalam mengapai kerjaya berteraskan impian, timbalah pengalaman yang mampu menjadikan anda pekerja yang berdaya maju. Terima sahaja apa jua kerja yang ada dan binalah pengalaman darinya pasti anda kan secara perlahan-lahan mengatur langkah baru untuk mendapatkan pendapatan yang boleh menjamin hayat hidup kita.

Dahulu bob pernah menjadi kuli, dari kuli, bob belajar banyak perkara dan satu jer yang bob lengkapkan diminda bahawa, jika bos boleh, aku juga boleh. Akhirnya, dengan berbekalkan modal peninggalan arwah bonda bob membuka sebuah perniagaan. Dengan pengalaman yang serba sedikit bob timba dalam pelbagai sektor bob terus melangkah. Alhamdulillah, walaupun bob masih baru, namun bob berbangga kerana mampu membiayai kehidupan bujang bob ini. Kini, syarikat bob berdiri baik dengan lebih 300 pelanggan tetap bersama 8 kekuatan tenaga kerja, Alhamdulillah, perniagaan berjalan lancar. Semoga perniagaan ini berterusan dan dapat dikembangkan sehingga ke perinkat yang lebih jauh.

Akhir kata, bob sekali lagi ingin menekankan bahawa, pengalaman itu adalah segalanya, kerana dengan modal tersebut anda pasti mampu melangkah lebih jauh sebagaimana yang telah dilakukan seorang hartawan dunia yang hanya menjadi jutawan sepanjang usia dengan pekerjaan mengutip sisa-sisa buangan. Kalau dia boleh menjadi jutawan dengan kerja yang dianggap busuk, mengapa tidak kita. Sama-sama kita renungkan ye. Salam kejayaan buat semua pembaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan