Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
Assalamualaikum,
Wanita itu penyeri hidup seseorang lelaki, besar peranannya dalam menjayakan sebuah istana (masjid) yang dibina. Ya Allah! Semoga pilihan kami kaum Adam bertepatan dengan kehendak syariatMu dan berikan kami kekuatan untuk membimbing Hawa yang diamanahkan kepada kami till jannahMu. Amin...
1.Wanita Ananah :
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami
untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah
: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada
dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka
mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya
wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah
: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya
sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini
berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.
Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita
sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan
kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah
: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya
selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala
lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan
diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu
handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah
: ada 2 makna,
Pertama, wanita
sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk
suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya
dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga
suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi
pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah
ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya
bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah
: banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan
segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen
saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan