Kehidupan dunia tak ubah seperti perjalanan
musafir di jalan raya. Kalau di jalanan kita mempunyai peraturan, begitu juga
dengan peraturan untuk mengecapi liang kejayaan. Sebagaimana topik bob sebelum
ini yang menceritakan tentang pilihan.
Bahagia atau derita, itu adalah pilihan yang kita sendiri buat, ingat KITA yang
buat bukan orang lain.
Jadi hari ini ingin bob berkongsi idea
tentang pacuan bagaimana yang harus kita lakukan untuk capai pilihan yang kita
buat dulu.
Kejayaan hakiki, kejayaan yang amat indah
yakni sebuah kejayaan yang bakal dirasai duniawi serta ukhrawi. Hari ini ramai
yang berjaya dan menggapai impian mereka, tetapi apakah kejayaan itu adalah untuk
kedua-dua dunia? Sebelum kita memacu accelerator untuk mengejar impian yang
telah kita buat dulu, apa kata kalau kita kenal dulu peraturan kehidupan yang
telah ditetapkan. Kalau di jalan raya kita risau dengan surat jemputan abang
polis, tidakkah kita akan takut dengan surat yang bakal diserahkah di alam
sana? Adakah sebelah kiri atau kanan yang kita akan terima surat itu?
Kehidupan juga tertakluk kepada peraturan, berdasarkan
rumusan yang telah bob buat, hanya terdapat satu sahaja peraturan yang perlu
kita ikut dan pastikan ia dilakukan berterusan iaitu lampu isyarat. Berteraskan
konsep stop, see, and go bob yakin kita tidak ketinggalan dari aspek dunia
mahupun akhirat.
Setiap hari kita akan memacu diri kita
untuk menghabiskan aktiviti harian, tapi janganlah kita terlupa untuk berhenti
kerana kita akan bakal melanggar peraturan-peraturan kehidupan yang sedia ada,
dan mungkin perjalanan hidup yang kita lalui tadi akan menyebabkan kita
melanggar keluarga kita sendiri tanpa kita sedari akibat dari ketaksuban kita
mengejar pilihan yang telah kita buat tadi. Contohnya, mungkin ibu bapa masa
kini telah membuat pilihan untuk lebih berjaya dalam kerjaya dan dalam masa
yang sama adakah anda pasti anak-anak anda tidak kehilangan rasa kasih anda?
Setelah penat kita memecut, tak salah
sekiranya kita berehat (stop) seketika
dan melihat (see) bagaimanakah perjalanan kita hari ini atau dengan kata lain
bermuhasabah diri.
Apakah yang kita telah lalui hari?
Adakah kita mematuhi peraturan dosa pahala,
halal haram, dsb?
Ambil masa, fikir sejauh mungkin anda tidak
akan rugi kerana anda pasti akan mengenalpasti laluan baru untuk anda lebih
cepat ke destinasi pilihan tadi. Setelah anda yakin, perjalanan anda selamat,
ikut peraturan, maka anda teruskan perjalanan itu (go).
.::goGOgo::.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan