Assalamualaikum w.b.t
Suatu pagi yang penuh
dengan keceriaan. Permulaan dengan persiapan yang penuh cemerlang. Hurm! Rasa macam nak masak kat rumah jer pagi ni. Lagipun masih banyak
masa ni. So apa lagi, siap sudah menu telur hancur@macho yang amat sodap dimakan
dengan roti. Fuh! Lengkap 3 keping masuk dalam perut. Boleh tahan juga bob
masak. Full perut untuk breakfast hari ni. Alhamdulillah.
Apa mau tunggu lagi. Jam pun dah
menunjukkan jarumnya tepat pada angka 8. Hohoho,! Start your engine. Fulamak,
macam tak caya la plak. Dulu, time pakai kasut nak ke sekolah bob selalu
terbayang bilalah nak pakai kereta. Dalam hati tu gemerlapan yang amat sangat
nak pulas stereng kereta. Ye lah, kat rumah member semua ada kereta kat parking
lot diaorg. Tak pe lah bob, skurang-kurang ada gak kereta sorong pinjam bawah
rumah kau ni. Walau apapun yang berlaku dulu, hari ni bob amat berbangga,
setiap pagi kot bob boleh panaskan engine kereta dengan pakaian ala-ala exec.
gitu. Wah! Semua impian dah tercapai. Hurm! Tapi awat ada rasa kurang tenteram
ni? Pergh! fikir punya fikir, rasa sunyi rupanya, rasa macam nak ada orang yang
pakaikan tie plak setiap pagi. Hahaha… Inilah namanya gedik mengada-ngada.
Sabar bob sabar, belum sampai seru tu. Kalau dah jodoh bintang dengan asam pun
boleh ke temu. Mula dah tersenyum sorang-sorang pagi ni.
Then, masuk kereta, buka econ, pergh! Best
giler. Hah! Yang paling best biler Dj radio buat isu kesusahan masa dulu
kemanisan hari ni. Hurm! Semua cerita agak lebih kurang (Atap bocor, tak der
duit,etc). Tapia pa pun bob bersyukur sebab tak pernah pula bob diuji sampai
tido kat stesen bas. Paling tenat pun lepak kat pantai sampai subuh, lepas
subuh, imam nak berkuliah tu. Boleh lah tido kejap. Hahaha, TQ Ya Allah, sebab
sentiasa beri hambaMu ini tempat untuk berlindung. Bob bersyukur kerana diuji
begitu. Saat bob jatuh dan hampir tewas semua insan mula menghilang, yang rapat
mula jauh, yang dekat mula terasing. Terima kasih kepada yang rapat dan jadi
lebih rapat waktu itu. Jasa korang tak kan mungkin luput dari ingatan. Syukur
lagi kerana dari pengalaman ini, bob mula kenal keluarga.
Apa pun yang berlaku menjadikan bob puas
dan hanya air mata bangga bob mampu keluarkan. Kepada yang berkenaan maaflah
sekiranya permintaan anda untuk bertemu walaupun sekadar secawan teh tidak
dapat bob tunaikan. Bukan sombong yang ingin bob utarakan tetapi hati ini
terlalu belum bersedia untuk menemui kalian dengan harapan agar kalian semua
mampu memahami isi hati ini. Ketahuilah bahawa
“Aku
maafkan kamu, tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu… lalalala”
Semoga apa yang telah berlaku tu bob boleh
jadikan panduan dan penyuntik semangat untuk terus bob memacu ke hadapan
sebagaimana tagLine bob .::goGOgo::.
So, nasihat untuk hari ini agar semua
kawan-kawan semaikan tekad UNTUK BERJAYA. Ingat! Never untuk berhenti berharap
kerana Allah amat rindukan rintihan kita semua.
Andai hari ini kita diuji dengan keperitan,
itu bukan bermakna kasihnya tiada untuk kita tapi kenyataannya adalah Allah
telah memilih kita untuk melalui ujian yang mungkin setiap perjalanannya itu
memberikan kita merasai nikmat pahala.
Okay saying! Semoga coretan bob hari ini
mampu memberi kita semua manfaat untuk terus Berjaya. Selamay maju jaya, n wish
u allz the best of luck.
.::goGOgo::.
Regards,
BoB A016597
Tiada ulasan:
Catat Ulasan