Kehidupan tentang sebuah pilihan
Merenung seketika tentang kesedihan yang
dilalui sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan. Tanpa kita rancang, semua
ini pasti akan berlaku kerana segalanya adalah berkaitan jelas dengan konsep
ketetapan Illahi. Dalam hidup terdapat dua pilihan “Bahagia vs Derita”. Namun,
semakin dunia mencapai pembangunan yang pesat semakin ramai yang leka diulit
keresahan. Mengapa? Semuanya kita yang memilih. Tujuan bob menulis artikel ini
adalah untuk berkongsi sedikit idea juang. Dalam penghayatan bob, ramai dalam
kalangan kita hari ini melontarkan rasa kecewa akibat daripada pemberian
manusia-manusia yang berhasad pada kita. Conohnya melalui laman MukaBuku yang
kian menjadi kegilaan kini terlalu banyak idea-idea yang kecewa diilhamkan di
sini.
“Kenapa kau buat aku begini…”
“Celaka punya jantan…”
“Hari ini hari engkau…”
Bob yakin, setiap hari kita pasti akan
terjumpa ayat-ayat sebegini dipostkan ke laman sesawang MukaBuku. Ya Allah,
ramai sudah mula hilang arah, MukaBuku dijadikan laman mengadu dan bukannya
dengan menadah tangan ke hadrat Illahi. SubhanAllah, semoga kita tidak
tergolong dalam kalangan yang hilang pegangan.
Baiklah, berdasarkan lontaran-lontaran
perasaan yang sering kita ketemui, bob pasti saat itu kalau dikatakan lappy
bernilai seperti lampin pakai buang, confirm hancur. Hanya kerana “amarah” yang
ada dalam hati. Nauzubillahiminzalik…
PILIHAN, semua orang pasti mempunyai
peluang mereka tersendiri untuk membuat pilihan. Terpulang pada anda tentang
kerelevanan pilihan yang anda buat itu. Hakikatnya, apabila perasaan amarah
timbul dalam kalbu, ia sebenarnya satu pindahan yang berlaku iaitu dari seorang
yang berhasad kepada anda dan mahu mengongsikan kesengsaraan itu pada anda.
Contohnya,
(Pilihan derita)
Aminah mempunyai teman lelaki yang sangat
penyayang, ali namanya. Satu ketika Ali sudah bosan dengan Aminah dan mahu
mencari rasa cinta yang baru. Hal ini telah menyebabkan Aminah kecewa dan telah
menimbulkan perasaan amarah dalam hati Aminah. Lalu Aminah teks kan SMS.
Aminah : Kenapa u buat I begini
Ali : I dah tak ada perasaan kat U
Aminah : Kau memang jantan s**l
Ali : A.A.K (Ada Aku Kesah)
(Untuk teks SMS yang lebih lanjut, anda
panda-pandailah cari Aminah sendiri ye. ;p)
Bermula dengan SMS tersebut perasaan Aminah
kian berbulu pada Ali. Orang yang disayangi kini sudah pergi pada orang lain.
Cuba anda teliti cerita ini, Aminah telah
membuka ruang untuk mengambil pemindahan konflik yang diberikan oleh Ali. Dulu,
Aminah memberi ruang untuk Ali bertakhta di hatinya. Apabila Ali menghadapi
konflik kecelaruan dalam mencari teman yang lebih istimewa dan telah
mengkhianati janji taat setia yang telah dilafazkan pada Aminah satu ketika
dulu. Konflik ini kemudiannya diberikan sedikit kepada Aminah. Akhirnya, Ali
tersenyum Aminah tersungkur di keyboard.
(Pilihan bahagia)
Aminah : Kenapa u buat I begini?
Ali : I dah tak ada perasaan pada u
Aminah : Baiklah, I doakan u bahagia ye
Ali : ???
(Dalam sketsa ini siapa yang stress? Ali
atau Aminah? Anda baca, anda fikir, dan anda jawab)
Dalam situasi ini Ali ingin memindahkan
konfliknya kepada Aminah, akan tetapi Aminah menjawab persoalan ini dengan IMAN
bukannya AMARAH dan hasilnya pindahan konflik ini gagal atau dengan kata lain “Maaf,
transaksi tidak berjaya”. Tiada lagi SMS yang panjang, dan akan menjadi lebih
hebat seandainya Aminah mendoakan kebahagian Ali.
Berdasarkan dua sketsa yang berbeza itu dapat
kita rumuskan bahawa amarah yang lahir dalam hati itu adalah hasil dari
pemindahan konflik dari orang yang kotor kalbunya dan mahu memindahkan
kecelaruannya kepada anda. Jadi, jangan buka sedikit ruang pun untuk mereka kongsikan
kecelaruan itu pada anda, kerana anda pasti derita. Sekiranya, anda telah
membuka ruang itu pastikan anda yang akan menutupnya kembali.
Bagaimana untuk menutup ruang itu? Senang
bagi segelintir orang, tetapi sukar bagi segelintir orang.
Suatu masa dulu, bob pernah mengalami
situasi ini. Hati begitu bercelaru, amarah membuak-buak sehingga bob gagal
membuat sebuah keputusan yang membahagiakan.Namun, Alhamdulillah, hasil
perkongsian idea bersama Zul Ramli (Pengarah Sumber Kuwait Finance) bob
memperoleh satu jalan yang benar-benar membawa kepada ketenangan yang amat
hebat.
Ketenangan itu adalah hasil dari amalan
zikir, tetapi jangan kita tertipu dengan kalbu yang kotor. Mungkin kita
melafazkan pujian buat Allah, dalam masa yang sama hati penuh dengan titik noda
hitam. Hasilnya, tiada ketenangan yang akan dikecapi. Cuba kita tukarkan cara,
kita gabungkan amalan zikir dengan fikir. Dalam kita berzikir selitkan fikir
tentang nikmat kurniaan Allah. Bob pasti kita akan diberi ketenangan yang
sangat hebat. Bagaimana untuk melakukannya?
1)
Ingat dua perkara dan lupakan
dua perkara – Ingat kebaikan orang pada kita dan Ingat keburukkan kita pada
orang. Lupakan kebaikan kita pada orang dan Lupakan keburukkan orang pada kita.
2)
Pejamkan mata – Bayangkan kurniaan,
rahmat, dan kasih sayang Allah. Hari ini kita masih diberi peluang taubat, hari
ini kita masih sihat, danbanyak lagi yang Allah berikan pada kita.
3)
Sebutkan kalimah zikrullah –
Fahami maksud setiap sebutan, hayati dan selaraskan maksud itu dengan
kehidupan.
Bob yakin jika ini dijadikan amalan
pastinya ruang untuk orang pindahkan konflik mereka pada kita tertutup dan anda
pasti dapat mengecapi kebahagiaan disetiap langkah kehidupan anda. Para pembaca
sekalian, hidup ini cuma sekali, dan ianya bergantung kepada kita untuk memilih
haluan kebahagian ata penderitaan. Semoga artikel yang serba ringkas ini mampu
membantu anda dan yang baik itu dari Allah s.w.t, yang buruk itu adalah dari
asbab kejahilan bob sendiri.
.::goGOgo::.
Sekian, akhukum Fillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan