Assalamualaikum,
Pasrah???
Ada tak dalam diri kita? Kalau tak ada cubalah terapkan agar kita tidak kecundang bila diuji nanti. Zaman dunia yang serba canggih ni, perasan tak kita bahawa semakin banyak pula yang manusia yang tak dapat berfikir dengan akal yang waras.
Sedih kan.
Itulah akibatnya bila kita tidak pasrah dengan takdir. Bila apa yang kita rancang tu tak menjadi. Mula lah kita salahkan orang, Allah, dan kadang-kadang binatang pun turut dimaki.
Dasyat oooo dasyat...
Sebab tu bob nak kongsikan hari ni agar kita semua sentiasa pasrah dengan apa yang berlaku. Kita jangan nak melawan, siapa kita? hamba je pun. Tak payah nak poyo sangat lah.
Terima seadanya, kerana "Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita". Ingat tu. Janji Allah tu kan pasti.
Kalau tak cukup duit. DOA, Ya Allah, rezeki yang kau berikan ni tak cukup, minta tambah. Jangan la dok tembak orang sini sana. untuk dapat duit. Kalau dah bukan rezeki yang dalam mulut pun boleh keluar.
Apa pun, idea bob masih tak banyak... menulis pun rasa mengarut. Nanti lah, bila ada peluang and idea, bob tulis lagi.
Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
Welcome to the $.O.B - "Where the real life discussed" Let us Sharing and Caring here to be the best among the best. What ever we do "Dont give up" and life is about ::goGOgo::
29 Oktober 2013
18 Mei 2013
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik!
Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
Assalamualaikum,
Permulaan hari yang baik bermula dari dikap
yang positif. Melawan dan terus melawan gelora negatif yang sering mengkhianati
perasaan. Itulah hebatnya pemikiran insani yang tak ernah purtus asa dalam
mengharungi segenap segi isu kehidupan.
Apa yang ingin dikongsikan hari ini adalah
tentang hikmahnya bila kita berfikiran positif. Kisah ini berlaku kelmarin, di
mana bob pergi ke sebuah bengkel. Akibat dari kerosakkan kereta yang sangat
minima, bob tidak dilayan. Hampir ½ jam bob berada di bengkel tersebut, yang
bob dengarkan hayalah “tunggu kejap nak selesaikan sebuah kereta”. Jeliknya, 3
orang foreman menyelesaikan 1 kereta. How can? Tapi tak mengapa, mungkin ini
ujian untuk bob lebih positif. Oleh itu, bob ambil keputusan untuk ke bengkel
yang lain.
Alhamdulillah, tiba sahaja di bengkel yang
kedua ini bob terus disambut dan kereta diperiksa dengan segera. Hikmahnya di
sini, charge yang diminta adalah kurang daripada charge yang sebelum ini. Wah! U
look that, dah terpahat hikmah bob tak dilayan tadi.
Apabila dah under budget, bob pun apa lagi,
suruh periksan satu button yang asyik rosak. Foreman tu tekan dua tiga kali
terus butto tu melekat. Hebat, lagi satu penjimatan, sebelum ni ada bengkel
yang minta sehingga RM 200. Apa lagi, bila dah button tu melekat, save lah lagi
satu budget bob.
Then masalah yang seterusnya, hon kereta
yang selalu tak berbunyi. Bagi kat foreman semalam, entah apa ilmu yang dia
pakai, berbunyi pula hon tu. Mak aihhh! Banyak tu penjimatan yang berlaku.
Cerita tersebut hanyalah untuk bob dan
kawan-kawan saling tahu bahawa setiap yang berlaku itu adalah ujian, dan
disebalik ujian itu pasti ada terselit serita positif pada akhirnya. Walaupun
pada awalnya bob tidak dilayan, tapi akhirnya penjimatan yang begitu banyak
berlaku.
U see that? What happen… Bersabar dan
positif, jangan cepat melenting dengan ujian yang berlaku. Lalui dan hormat
setiap kejadian, kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
~Adiwira Sukram~
14 Mei 2013
Ayuh! bina syurga dunia dengan Islam.
Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat
Islam yang beriman. Mempunyai suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah
keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan kabul, maka bermula hidup
berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya.
Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya
mempersiapkan diri dengan cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu.
Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas untuk melakukan sesuatu, tidak
terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas berkahwin tiada lagi
istilah hidup bujang.
Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja
seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun
suami sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah
S.A.W.
Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau "biah
solehah" adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan
sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula
perkahwinan "mode Islam" itu diaktifkan, keluarga akan lebih
cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu
fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang
lainnya.
Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah
andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada
pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan
disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W
bersabda :
"Setiap
anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama', bukan dari
keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar.
Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa.
Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga
yang mencontohi para alim ulama' dan orang-orang yang dekat denganNya.
Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan
tanggungjawab dalam berkeluarga.
~Adiwira Sukram~
13 Mei 2013
Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya
Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di
lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada
bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"
Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya
lelaki itu marah.
"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita.
Bukankah ia bagus?"
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan
berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan
sekarang kita sedang mengejar masa!"
"Bagus!"
Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.
"Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai
terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita
di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen
empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi
saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama
ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."
Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu.
Seraya berkata, "Hebat!"
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi
kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif
penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa
positif dan optimis!
Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju
Kejayaan."
"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai
pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan.
Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan
dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila
kita susah."
~Adiwira Sukram~
08 Mei 2013
Hidayah penyuluh hidup!
Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
5 Bentuk hidayah
Pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini
adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia
sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar.
Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar.
Kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita
dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera
seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek.
Ketiga hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia
dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional
sebelum bertindak.
Keempat ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang
menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran
Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan
dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara
perkara-perkara baik dengan perkara haram.
Kelima ialah hidayah taufik yang mana merupakan tahap
hidayah yang tertinggi kurniaan Allah kepada hambanya yang dikasihi. Tinggal
sekarang, hidayah itu harus dijaga kerana nilainya tiada tara dan tidak dapat
ditukar dengan apa pun. Ia menjaga kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat
kelak.
~Adiwira Sukram~
07 Mei 2013
Perubahan kepada kebaikan itu hidayah :-)
Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
Assalamualaikum...wbt,
Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam
manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja,
dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput. Tetapi ada juga yang berubah
mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari
kebenaran dan arah tuju hidup.
Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada
kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat
manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di
sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.
Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke
arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah,
hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit
lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi
terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.
Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak,
janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di
sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan
terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah
yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang
Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan
Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan
sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta.
Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah
berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya
kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah
golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih
kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan
keseronokan pada diri.
Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan
untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan
diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka
diberikan ialah 'belum sampai seru!' alasan tersebut langsung tidak munasabah.
Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma
tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!
Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan
suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden
tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali
kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan
tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan
menebus segala dosa-dosa lalu?
!Adiwira Sukram!
Langgan:
Catatan (Atom)