Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
Assalamualaikum wbt
Salam kecemerlangan untuk semua. “multitask” Bob yakin
kalian semua kerap kali mendengar perkataan tersebut malahan tak terkecuali
bagi yang pernah mengalaminya. Dunia hujung jari pasti menjadikan perkataan ini
suatu kejelikkan. Ye lah! Dunia serba mudah, apa kes nak buat kerja pelbagai ni
kan. Kalau kerani tu jadi kerani jelah, kenapa pula nak kutip-kutip sampah,
buat cleaner tak der kerja la plak. Ye tak? Pasti korang pernah sebut atau
dengar atau baca perihal ni kan? Lalala...
Inilah orang kita, mudah sangat mengeluh, pertikai,
sedangkan korang lupa bahawa kepelbagaian ini akan menjadikan nilai diri korang
lebih sempurna. Contoh paling senang lah kita ambil kereta, mengapa kereta ViVa
(A) lebih murah berbanding dengan ToYota Hilux (B)? Boleh jawab tak. Hurm! Bob pernah
mendapatkan jawapan dari beberapa kenalan. Overall jawapan kereta kecil bro!
Hah itulah orang kita 1st impression tu dah boleh conclude
everything. Sorry to say lah, bukan itu yang kita mahukan cuba value soalan tu
untuk dapatkan jawapan yang lebih berhikmah.
Kereta A lebih murah sebab task dia just for angkut org jer
B pula multitask angkut org, barang, dan tak mustahil boleh buat angkut haiwan.
Betul tak? Thats why mahal. Ada pula yang cakap why Camry mahal? Adush, soalan
yang cukup bernas. Camry mahal becoz dia ni kelulusan tinggi, so sape yang
pakai C ni selesa, tenang, aman, then dia jugak bijak ada ABS, air bag etc,
lepas tu plak boleh shoot laju-laju tanpa buat org muntah, then plak
blalalalalala! A boleh?
So, lebih kurang jer kalau nak dibandingkan dengan kita
manusia, majikan nak yang ada kualiti daripada menambah kuantiti. Kan-kan! Dah
kalau korang tu bergraduate, mahal dah kat situ dapat lah exec HRM, boleh pulah
manage system akaun, eh-eh boleh juga handle meeting, sejak-sejak kau ada cuci
pula office ni, dan banyak lagi lah. Cuba korang bayangkan betapa sayangnye bos
kat korang! :p
Bayar gaji exec HRM, buat macam-macam. Bukan niat nak dera
korang tapi bila korang dah mula pakar dalam semua tu, tak mustahil andai kata bisness
berkembang korang bakal jadi calon pengurus. Wah pengurus tu bang! Mau pergi 4
angka korang punya statement. Kan?
So, mungkin bagi sesetengah antara korang tak berapa nak
faham dengan ilusi bob ni, tapi cubelah hayati dengan dalaman, bob yakin korang
akan dapat hasil yang lebih mendalam lagi. Gunakanlah hasil tersebut untuk
korang memajukan diri dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Ingat, tukul
yang hanya boleh buat ketuk paku tidak mungkin dapat menewaskan tukul yang
boleh buat ketuk, potong, cabut, lasak, dsb. Wah! Before keluar lebih banyak
contoh yang korang lagi susah nak faham lebih baik bob stop. Nanti dengan bob
pun tak faham.
Okaylah, apa pun perkongsian ini untuk kita semua beraksi
agar masing-masing antara kita lebih mantap menghadapi persaingan dunia
globalisasi. Okeyh frends, mohon undur diri dulu salam maju jaya buat semua.
Bye2!
.::goGOgo::.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan