23 September 2012

Mulut oh Mulut!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt

Mulut! - Semua orang dah tau kegunaan dia, untuk makan, minum, bercakap, bernyawa juga kadang-kadang. Tapi, the important things about mulut ni adalah untuk bercakap. Sedar atau tidak, setiap hari kita akan bercakap. Terpulang pada kawalan akal kita tentang apa yang kita nak katakan. Kalau baik perkara yang kita sebut tu, baiklah dia, kalau jahat, Ya Rabbi! Nauzubillahiminzalik!

Perasan tak kita tentang sesuatu yang kita perkatakan setiap hari, sebetulnya tiada yang baik! Sememangnya lebih banyak yang buruk. So, adalah lebih baik kiranya jika kita berdiam. Lebih banyak kita bertutur, semakin banyak dosanya, dah kalau banyak dosa, tentulah neraka tempatnya. 

Betul kan? Kalau macam tu, apa kata jika kita lebih banyak berfikir dan menggunakan akal untuk memastikan hati kita ni lebih erat dengan Allah, zikir pula menjadi sebutan. Ya Allah! hebatkan? kenapa susah sangat kita nak lakukan? Bukan kena bayar pun, tak berat mana pun.Tapi itulah kenyataan, Bob tak mau tunding pada orang lain, Bob sendiri pun kadang-kadang terlupa. Aneh kan perilaku kita ni. Benda yang senang untuk mendapat keberkatan serta rahmat. tapi, seringkali kita gagal lakukannya. SubhanAllah!

Ada satu hadis yang bob pernah baca, satu kalimah suci yang kita sebut ni (SubhanAllah), ibarat kita telah menanam sepohon pokok di Syurga nanti. Ya Allah, kenapa ni, kita sering alpa untuk tanam pokok yang bakal mengindahkan Syurga kita nanti? Ya Tuhan berikan kami semua hidayat dan petunjuk Mu agar kami mampu menjadi hambaMu yang beriman dan menyerahkan jiwa raga kami kepadaMu. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Cuba kita bayangkan, tentang keindahan Syurga, tentu kita tak akan lepaskan walaupun sesaat masa hidup kita ni dalam kerugian. Satu saat yang berlalu itu pasti akan kita kawal daripada sebarang maksiat. 

Okaylah kawan-kawan, semua tu terpulang pada kita semua. Tetapkan minda kita untuk mencapai kejayaan yang Hakiki. Bahagia dunia tanpa mengundang derita akhirat. So, samalah kita beramal untuk mengapai redha Allah selamanya. Amin...

.::goGOgo::.

Putera Bongsu
BoB-1988

20 September 2012

Mimi... Si budak koya!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Sebut pasal orang nama Mimi ni kan. Fening lah bob... Apa tak nya, dia lah insan yang asyik melayan perangai bob. Pekene macamaner pun, ikut jer bontot ni. Mak aih, mimi oh mimi. Terima Kasih bebanyak sangat sebab selalu memfreekan masa kamu bersama dengan guek!. Lalalala.... Hurm, sebenarnya, tak berapa nak ada isu untuk bob tuliskan ni... Apa2 pun, bob nak rungkai satu benda je kat sini, Banyak orang, banyaklah ragamnya. Dunia kini memang hitam kat rambutnya, tapi hati MASOALOH! huhu! tak ramai pun yang nak maju bersama, nak tgk kita mundur tu insyaAllah... So, apa pun yang kalian lalui dalam kehidupan ni, pastikanlah anda berada di landasan yang betul, tak kesahlah kalau certain orang tu nak klasifikasikan anda sebagai kacang lupakan kulit pun, asalkan anda tak menyusahkan orang sudah... Anda sahaja yang tahu apa yang anda mahukan, dan yakinlah Allah itu tetap dekat, event... hari demi hari kita semua asyik lalai... Hurm, semoga bob dan kawan2 sekalian semakin gah dalam memperkasakan 3 elemen penting dalam hidup ni. Apa itu 3 elemen? Nanti ye, bila sampai masa, mud dah okay, idea dah mula bercuak-cuak, bob sambung tulis lagi. Okay frends, semoga kita semua berjumpa lagi... .::goGOgo::.

Putera Bongsu
BoB-1988 

16 September 2012

Kehidupan! Hurm...

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt,

Hari yang indah, syukur kerana masih berpeluang untuk kita menghirup udara segar, tapi... apakah kita benar2 bersyukur. Dont pandang jauh2! tengok pada diri bob. Banyak juga yang masih gagal. Kepimpinan Rasullullah saw asyik terbelakang jer. Ya Allah, apa nak jadi ni. Kerana memenuhi kehendak hidup aku banyak membelakangMu. Aku mohon bimbingan dariMu Ya Rabbi. 

Kawan2 apa khabar? Harap semua sihat2 la yer. Apa kata hari ni kita cuba sesuatu yang baru. Internal Audit pada diri kita sendiri. Boleh gak kita betulkan terus apa2 kesilapan yang kita lakukan. Tak lah kita terlupa padad dosa2 yang kita lakukan.

Macamane ea? Bob pun tengah mencari method yang sesuai lagi. Rasa2 kita kena mulakan balik sistem tadika yang kita belajar kecil2 dulu.

Macamana kalau kita draft satu nota jadual kehidupan! Kita cuba check perjalanan kehidupan kita setiap hari. Then, bila kita nampak ada something kebejatan dalam perjalanan kehidupan kita pada hari itu, kita terus betulkan. 

Selepas kita buat pembetulan, bolehlah kita unjurkan tangan kita ke hadrat Illahi dan mohon padaNya agar kita tak leka serta terlupa dengan tanggungjawab kita sebagai insani yang bakal kembali kepadaNya satu hari nanti. Apa kata hari ni kita cuba mulakan proses ini. Semoga kita bersama-sama menuju jalan kejayaan yang kekal abadi. InsyaAllah!! .::goGOgo::.

Putera Bongsu
BoB-1988

Hidup cuma sekali bro!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB



Hai,

Nama saya en. Mohamad Bob! Orang yang semart serta hensem! Lalala. Jangalah korang semua terkesima dengan statement tu. Bob cuma nak gtau korang yang hidup ni hanya bergantung pada kita sendiri, sama ada nak create kebahagiaan atau penderitaan. Madu dan racun itu ada tu kat tangan hang pa. Okay! tak kesah lah korang nak masuk bakul angkat sendiri pun. apa yang penting korang tu kene enjoy life. Hidup ni cume sekali, lepas ni kita dah tak hidup kat dunia tapi alam roh!, barzakh! Fuh dengan amalan yang dah macam yeos campur ni. Nauzubillahiminzalik!

So, apa pun yang berlaku hari ni jangan kita kecewa dan putus harapan, Kuatkan semangat dan terus maju ke depan tanpa gagal! Okays! geng wish u allz the best k. .::goGOgo::.

Putera Bongsu
BoB-1988

Kalau dah rezeki... ;p

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt,

Dalam hidup ni mesti banyak yang kita akan rancang untuk puaskan kehendak. Betul tak, malam ni lagi sekali bob sebut soal kehendak. hehehe...

Macam malam ni, bob dapat dua helai seluar saiz ngam dengan bob. Ye lah seluar saiz bob bukan senang pun nak dapat. Tak dak maunya tukang jahit nak buat saiz2 gorilaz comel cam kami ni. ahahaha! Tapi malam ni, tanpa disangka-sangka, tercuit dua helai kat butik tadi. Lalalala! lepas ni, tak der lah tenat sangat bob nak rotate seluar p keje.

Hurm! Dalam kepala bob ni kan punya lah plan, balik jer dari outstation t nak beli kain and g tempah. Mau2 sebulan baru nak siap. Malam ni, buatnyer reezeki, terus dapat yang dah siap, seronok ter!. hahaha.

Malam ni makan dekat Kuantan, hurm! tak pasti lah pulak boleh habis ke tak! Jangan salah faham yer, bukan nak cakap orang kuantan tak pandai masak. Tapi beras yang korang guna tu, Normallynyer tak masuk ngan pewut bob! Biasalah kami ore kelate, dah termaktub memakan beras siam dari kecik ag! lalalala LoL!

Putera Bongsu
BoB-1988

15 September 2012

Cukup itu bila kita bersyukur!

Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt,

Kembali lagi untuk berceloteh, okay kita terus selongkar tajuk hari ni. Jangan pandang orang lain. First, look at our self. Apa yang nak tengok ea? Okay! pagi tadi sebelah ni adalah sebuah kereta idaman park sebelah kereta bob. Wah! terimagine seketika dok drive kete tu. Tapi kehendak perlu dibelakangkan dulu kerana keperluan masih menjadi keutamaan.  Kembali pada topik kita, berdasarkan experience pagi ni, bob teringin sangat nak pakai kereta idaman ni. tapi bila pikir lagi sekali mampukah bob nak handle nanti. sebulan dua mungkin okay! tapi lepas ni bila dah ada tambahan komitmen memang tak lah kan! Hehehe,

Kalau dulu zaman daif, boleh tengok je orang naik kete, bob punyai kenderaan masa tu lagi sempoi, tanpa bumbung dua tayar... hebat tak... hujan panas ku redah jua... berpegang pada konsep AAK, perjalanan tetap perlu dan wajib diteruskan tanpa gagal, kalau tergagal itulah pilihan untuk kita belajar. Tak gitu adik kakak? ;p

Sekarang ni, Alhamdulillah, ada lah yang berbumbung. fuh, dah tak basah dah time hujan! tapi kehendak tu, nak juga yang besar, perjalanan kerja pun baru je setahun jagung, mak aih, kehendak dah mula push2. ni yang sakit... pikir punya pikir tadi, lebih baik bob ukur baju kat badan sendiri, memang giler ah gamaknya, pasal badan bob ni size mat salleh, alah yang jenis makan spageti tu. hahaha! So, walaupun tak dapat apa yang diidamkan, its okay lah, improvements tetap ada. Ada rezeki nanti pasti boleh punyai pegang stereng tu. ;p LoL!

Salah satu cara nak elak tekanan dalam hidup, senang je... jangan cari tekanan. Wah! nampak macam senang sangat bob explain kan. Macam ni lah, panjang ceritanya, sekarang ni kita dah ada keperluan untuk bergerak. bayar dalam 2-3 rat sebulan, tu pun dah jadi salah satu tekanan. Mana tak nya, dapat gaji p kat mesin sumbat je payment dalam tu. hahaha... Jadi kalau setakat ni keperluan kita tu dah ada, janganlah senan2 kita nak tambah tekanan hidup dalam memenuhi kehendak. betul tak? Itulah yang bob nak sampaikan. Tenang, relaks, jangan gopoh, ada peluang tambah pendapatan nanti, tanpa segan boleh lah p test drive. ;p

So, apa pun dalam hidup ni, tekanan pasti ada kerana tekanan itu datang dariNya, yang nak aplikasi tekanan tu je kita perlukan kemahiran KBKK. Okay gengs! habis untuk topik ni. Jumpa lagi nanti bila ada perbincangan yang baru yer. Selamat maju jaya .::goGOgo::.

Putera Bongsu
BoB-1988
Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB

Assalamualaikum wbt,

Selamat menyambut hari satu Malaysia, Fuh! cuti2 bangun pun boleh bajet lambat2, syoknyer. Hurm, pagi tadi korang ada tengok berita tak? Musim pilihan raya dah hampir menjelang. Korang dah daftar mengundi? Kalau belum, boleh lah ye... Tapi kan bob keliru r nak pilih pemimpin. Sebab selama hidup ni, tak pernah pun dapat bantuan. Hurm, tak tau mana satu nak pilih. Tapi kalau tak memilih kan sakit gak bila dapat gov yang jual ikan punya orang. adush! Camaner yer. Kita bangkit sendiri, tanpa bantuan, dan2 depa nak kita memilih. Meme tak patut! lalala. Hurm, bob nak buat istikharah lah, sebab pilihan Allah itu pasti tepat. tol tak geng! Semoga kita diteruskan dengan generasi pimpinan yang beriman dan mampu memacu Malaysia ke arah yang lebih harmoni. Amin!

Sekian,
Putera Bongsu