Selamat Datang - Wilayah Sosial BoB
Assalamulaikum...
Dalam perjalanan ke KTR tadi, bob sempat
terfikir dengan maksud sebenar ketenangan.
Apa itu ketenangan? Adakah kita memperoleh ketenangan setiap masa? Pada kebiasaanya
kita mengatakan kaya itu tenang tapi apakah benar? Dalam melalui jalan pesisir
pantai menuju ke KTR bob terus mengumpulkan faktor-faktor yang boleh menjadikan
seseorang manusia itu tenang dalam menjalani kehidupan mereka seharian.
Jadi bob hanya dapat memperoleh 4 faktor
yang dikatakan boleh menjadikan kita sebagai seorang yang tenang ;
Pertama – Wang / harta kekayaan : Hmmmmm! Pastinya ramai yang mengatakan
sikaya itu pasti hidupnya tenang manakala si miskin itu 24 jamnya pasti akan
serabut. Betul tak? Tapi cuba kita mendalami kehidupan si miskin, tak tenang ke
mereka? Hmmmm, bob rasa mereka lagi tenang sebab bulan-bulan tak perlu nak
fikir hutang kereta, rumah, etc…. tapi bagi si kaya pula tentunya perlu mengatur
wang yang banyak itu untuk diagihkan kepada akaun hutang 1,2,3,4,5,6 etc… silap
hari bulan income tak dapat tanggung expense, mulalah cari A.L.O.N.G – ALONG. Kalau
dah cari ALONG tu tak de nyer tenang. So, wang / harta kekayaan sememangnya bukan
faktor yang boleh menjamin ketenangan.
Dalam dok layan fikiran tiba-tiba seekor
lembu main kejar-kejar. Adush! Nasib baik Mc Larren hari ni puasa kalau tak
memang lembu tu standby ntok raya haji tahun ni lah. Tengok je kat lembu tu
teringat pula satu ketika raya haji. Raya terakhir bersama dengan arwah bonda. Satu
family amik satu bahagian. Seronok sangat saat tu, makan daging segar sampai
kepala naik biol. Hahaha! Jadi, mungkin juga faktor kekeluargaan menjadi
pendorong kepada ketenangan? Ye ke? Hmmmmm! Kadang-kadang tu mungkin lah, tapi
kalau selalu tu tak kot. Ye lah, keluarga kita pun pinjaman dari Allah swt gak
kan? DariNya mereka datang dan kepadaNya mereka kembali. Kadang-kadang tu
sebelum mereka kembali pun kita dah merasai kehilangan. Kehilangan ni bukan
maut je tau banyak yang menyebabkan kita kehilangan. Contohnya, masa
kecik-kecik dulu boleh jer kita makan dalam satu pinggan, cubit lauk
kongsi-kongsi. Tapi bila dah masing-masing dewasa boleh ker? Tak pe lah, saat
macam ni masin-masing dah ada impian.
Wang bukan, keluarga pun bukan… Ape ye? Wooooaaaaa!
Mengantuk la pulak…. Okaylah ni dah sampai kat jeti Pulau Perhentian.
Coooommmmeelllnyeee pulau ni, Hmmmm apalah yang boleh buat kita rasa tenang
sepanjang masa ea? Orang kata berkawan biar seribu, boleh ke kawan modenisasi
ni buat kita tenang? Apa yang bob tahu kawan ni tak lebih dari barang, orang
yang nak berkawan dengan kita pun akan tengok apa yang kita ada, apa pula yang
boleh dia tumpang. Kenapa? Tak percaya? Cube lu olang tengok sindiri lah, olang
yang jalan kaki, duit tarak, kerapkali dok ngan sapa? Sorang je. Tak denye nak
gelak-gelak reunion. So, betullah kan? Hahaha…. Bab kawan ni memang tak leh wat
masuk kamus dah sebab boleh jadi rugi masa, wang, tenaga je. So, teman memang
bukan faktor ketenangan. Shuhhhhhhh! P jauh-jauh yer.
Mak aih, patutlah dalam akhbar ramai orang
yang bunuh diri, tikam mak, sumbang itu, sumbang ini, sebab hati tak tenang la
ni kan? Kesian-kesian. Back to the basic, bob rasa apa yang dibawa oleh musafir
yang berdakwah ni betul juga. Tiada ketenangan yang benar selain dari kurniaan
ketenangan dariNYa. Hmmmmm. Betul lah, cuba kita bangun solat malam buang
seluruh dunia dan renungkan kematian pastinya duit yang tak cukup pun boleh
jadi cukup, rumah yang kecik pun dah boleh jadi besar, dan macam2 lagilah. Tiada
lagi yang mahu diminta bahkan terlalu cukup sudah nikmat yang diberi tu. Ya Allah,
kenapalah bob boleh tak terfikir tentang ketenangan yang Maha Tenang. Kita
sering lupakan Dia, mcamane hati mau tenang maaaa! Teruk kan? Hmmmmm… nampaknya
sebelum menjadi seorang pemimpin keluarga, dunia, kampung, pekan, etc…. bob
perlu buat satu langkah baru agar kita tidak lagi tertewas dengan godaan dunia
yang boleh mengheret kita ke lembah neraka jahannam. Ayuh kawan2 kita mulakan
langkah versi baru sempena musim lailatulQadr tahun ini agar ia menjadi
kerinduan syahdu buat kita semua.
“Selamat beramal”
.::goGOgo::.
Nukilan
Putera
Bongsu
BoB-1988